Penerbitan Video PendidikanModul Penyuntingan Audio Vidwo
Sinopsis
Tajuk ini menjelaskan jenis-jenis kamera video, bahagian-bahagian serta fungsi komponen kamera videa. Jenis-jenis syot yang terlibat dalam penerbitan video juga akan diojelaskan. Demi menghasilkan video yang menarik, beberapa teknik pergerakan kamera akan diperkenalkan. Anda juga akan diterngkan seluruh proses penerbitan video. Ini akan diikuti penggunaan video klip tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya anda akan buat penilaian terhadap penggunaan klip video tersebut.
Hasil Pembelajaran
- Mengenalpasti jenis-jenis kamera.
- Mengenalpasti komponen-komponen kamera video.
- Membezakan jenis-jenis syot yang berlainan.
- Mengaplikasikan jenis-jenis pergerakan kamera video yang berlainan.
- Merancang dan melaksanakan rakaman video.
- Menyunting video.
- Menggunakan media video dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengenalan
Video memainkan peranan yang penting dalam meransangkan pengajaran dan pembelajaran. Media yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya.
Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan , penghasilan dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Perisian-perisian berkaitan dengan video juga diterangkan.
Kepentingan Video Dalam Pengajaran
Apakah video?
Adakah video penting dalam pengajaran dan pembelajaran?
Bagaimana video dihasilkan?
Video merupakah salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.
Dalam proses pengajarnan dan pembelajaran , video mempunyai beberapa keistimewaan.
- Keupayaan menunjukkan imej yang bergerak seperti merakan seekor haiwan binatang sedang berlari.
- Media dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan . Contoh pergerakan haiwan binatang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
- Video berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.
- Video berupaya merakam mesej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Contohnya pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton.
Secara amnya kamera video boleh dibahagikan kepada dua iaitu
- Kamera video analog
- Kamera video digital
Kamera Video Analog
Kamera video analog merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Cara penyimpanan video hasilan jenis ini adalah dalam bentuk kaset video yang terdapat dalam pelbagai bentuk seperti format VHS, VHS-C, Hi * dan U-matic. Video jenis analog ini hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya,
Kamera Video Digital
Kamera jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk ditital.Biasanya kamera video digital ini menggunakan kaset video yang berada dalam dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video jenis ini boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel Fire Wire. Penyunting video yang dihasilkan boleh dibuat dengan menggunakan suntingan yang sesuai.
Lensa: membawa cahaya kepada sensor dan juga untuk memberi fokus kepada imej.
Butang Zoom: Butang yang diguna untuk merakam imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.
Butang white balance: butang untuk mengawal keseimbangan warna imej.
Gelang Fokus: diguna untuk melakukan fokus secara manual.
Sensor Dedahan (Esposure) : Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai dengan intensiti cahaya yang diberlukan.
Shutter : menentukan cahaya yang masuk ke kamera video.
Alat Rakam Suara: Mikrofon dan sistem suara yang dibina untuk merakam bunyi.
Jenis-Jenis Syot
Terdapat pelbagai jenis syot yang boleh diadakan semasa merakam video. Jenis-jenis syot yang berlainan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh BCU (Big Close Up) memaparkan objek secara mikro, CU (Close Up) memaparkan objek secara dekat, MS (Mid shot) memaparkan sebahagian daripada objek, LS (Long shot) memaparkan keseluruhan objek dan VLS (Very Long Shot) memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.
Untuk mendapatkan syot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom yang terdapat pada kamera ataupun melalui pergerakan kamera video.
Beberapa jenis syot yang biasa terlibat dalam video adalah seperti berikut:
Big Close; memaparkan objek secara mikro
Close Up; memaparkan objek secara dekat.
Medium shot: Memaparkan kedua0dua sebjek dan latar belakang.
Waist shot: memaparkan objek setakat pinggang.
Long Shot: Memaparkan keseluruhan objek.
Very Long Shot: memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.
Over the shoulder ahot: memaparkan subjek dari belakang bahu orang lain.
Pegerakan Kamera Video
Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video. Jenis-jenis pergerakan kamera video boleh disimpulkan seperti berikut:
Panning (Panning right/Panning left): Pergerakan kamera video ke kiri atau ke kanan.
Tilting ( Tilt Up/Tilt Down): Pergerakan kamera ke atas atau ke bawah.
Dolly (Dollt In/Dolly Out) : Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kiamera yang dipasang pada tripot ditolak (dolly in). Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera yang dipasang pada tripot diundur (dolly out)
Trucking: Sama dengan dolly atau tracking.
Alat Penghasilan Video
Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan pita video format VHS. Pita video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital. Sedangkan kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera nkeras pada komputer melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan perisian tertentu.
Perisian Untuk Penghasilan Video
Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dan yang mudah seperti Windows Movie Maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead Media Studio, Ulead Video Studio , Penicles, Edius,Let's Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaan masing-masing terutama untuk menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.
Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada video-CD (fail format.dat) atau DVD (fail format. vob) melalui perisian seperti VCD Cutter atau Chopper VP dan disimpan semula dalam format .mpeg (mpeg1) atau .wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti Any File Converter, Total Video Converter atau seumpamanya dengannya.
Bahan audio dan video boleh juga dimuatturun daripada pelbagai sumber laman web tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walaubagaimanapun penggunaanya tertakluk kepada tyerma dan syarat dalam panduan penggunaan bahan Hak Cipta ISila rujuk Fair use guidelines for educational multimedia- www.libraries,psu.edu/mtss/fairuse/guidline.doc.html)
Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows Movie Maker, DVD Movie Maker (terdapat pada Windows Vista0, Ulead Movie Factory, Roxio Creater DE, Nero Burner atau mana-mana perisian yang seumpamanya dengannya.
Perlu dingat penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam jangka masa yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran.
Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran
- Menetapkan tujuan dan objektif.
- Menjalankan penyelidikan.
- Memilih bahan (fakta) yang sesuai.
- Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai.
- Menulis skrip melalui format papan cerita (story board).
- Membuat persediaan untuk penggambaran.
- Menyedia bahan dan peralatan.
- Memulakan penggambaran.
- Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip.
- Membuat rakaman audio.
- Menyunting dan mengadun audio dan video.
- Membuat preview hasil rakaman.
- Mengubahsuai/menyunting.
- Menukar dormat yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage).
- Menggunakan dalam pengajaran.
- Memberi maklum balas dan membuat penilaian.
Video berupaya membawa masuk ke dalam bilik darjah peristiwa sebenar yang berlaku di luar bilik darjah. Berdasarkan satu tajuk pengajaran sediakansatu klip video bagi tujuan tersebut. Gunakan video itu dalam pengajaran anda untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran .
Panduan Menghasilkan Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Peringkat Analisis
Sebelum anda menyediakan audio, antara yang oerlu dilakukan ialah perkara-perkara berikut:
Analisis Pelajar
- Apakah latar belakang pelajar?
- Apakah tahap engetahuan pelajar tentang topik yang akan diajar?
- Apakah gaya pembelajaran pelajar?
Analisis Kandungan
- Apakah skop pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran?
- Apakah objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran?
- Apakah teknik dan kaedah pengajaran yang akan digunakan?
Peringkat Rekabentuk
Rekabentuk Bahan
- Video yang disediakan mestilah mengikuti skrip yang disediakan.
- Tempuh masa video ialah antara 10 hingga 15 minit.
- Pastikan gambar dan suara dalam video adalah jelas.
Rekabentuk Pedagogi
- Pastikan video yang disediakan dapat memberangsangkan pelajar.
- Aktiviti yang dicadangkan untuk menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah seimbang dengan masa yang digunakan untuk menyediakan bahan media tersebut.
Peringkat Pembangunan
- Kenalpasti tajuk pengajaran yang sesuai diintegrasikan video.
- Kenalpasti matlamat video yang akan disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Sediakan skrip berkenaan.
- Anda boleh menggunakan klip video yang sedia ada ataupun merakam video itu sendiri.
- Sekiranya menggunakan video yang sedia ada, anda perlu menyuntingnya supaya sesuai dengan tujuanpengajaran anda.
- Untuk video yang dirakam sendiri, anda juga perlu edit sekiranya perlu.
- Pastikan anda mengikuti langkah-langkah perancangan penerbitan bahan video untuk pengajaran.
Peringkat Pelaksanaan
Cadangkan bagaimana video yang disediakan tersebut akan digunakan dalam peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran tertentu.
Laksanakan cadangan anda dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Peringkat Penilaian
Cuba buat penilaian terhadap penggunaan video yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan soalan-soalan berikut?
- Adakah bahan video yang disediakan benar-benar memberi impak terhadap proses pembelajaran?
- Adakah masa yang digunakan untuk menyediakan video tersebut sesuai dengan masa yang digunakan?
- Apakag aspek bahan audio yang dihasilkan tersebut perlu diperbaiki/
- Apakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sesuai untuk mengintegrasikan audio yang dihasilkan?
Refleksi
- Apakah model Rekabentuk pengajaran yang telah digunapakai dalam proses menghabiskan tugasan anda?
- Terangkan proses penghasilan media audio tersebut secara ringkas .
- Adakah anda menghadapi masalah semasa menyempurnakan tugasan terssbut?
- Apakah tindakan yang anda boleh ambil pada masa depan supaya masalah tersebut tidak wujud?
Modul Penyuntingan Audio Video
No comments:
Post a Comment