Aktiviti Fotografi

25 Julai 2011 (Isnin)

Batu Pahat: Pengajaran dan pembelajaran amali fotografi telah dilaksanakan di Bilik Bestari 2. Pelajar yang terlibat ialah S4_PISMP-RBT 4. Pengajaran dilaksanakan pada waktu 4 dan waktu 5 iaitu 11.00 hingga pukul 1.00 tengahari. Sesi amali ini dibantu oleh pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan iaitu En. Zelkepli bion Shahrom.

Kehadiran pelajar pada sesi amali ini seramai 20 orang. Seorang tidak dapat hadir disebabkan deman dan mendapat cuti sakit. Sesi kali ini memberi tumpuan kepada shutter(pengatup) , apertur (saiz bukaan lensa), flash (lampu kilat) dan juga jenis kamera. Pelajar didedahkan secara amali di bilik bestari 2. Pelbagai jenis kamera dan cara penggunaannya juga dibincangkan dalam amali ini. Pelajar secara individu dan juiga kumpulan mencuba menggunakan kamera menggunakan pelbagai jenis apertur dan kesan terhadap imej yang dihasilkan. Pelajar juga mencuba menggunakan shutter yang berbeza samasa mengambil gambar.

Seterusnya pelajar dibahagian kepada beberapa kumpulan. Pelajar mengambil gambar di kawasan persekitaran IPG Kampus Tun Hussein Onn. Pelajar mengambil gambar menggunakan pelbagai teknik seperti close up, teknik jarak dekat, teknik jarak jauh dan juga teknik jaran sederhana.

Kumpulan pelajar menghasilkan gambar yang diambil menggunakan kamera SLR. Gambar yang diambil amat menarik dan memberi tefsiran seribu makna. Pelajar jugha digalakkan mencuba menggunakan kamera SLR untuk mengambil hgambar dari pelbagai sudut.

Sesi amalio untuk kelas S4-PISMP RBT 4 varakhir pada pukul 1.00 tengahari . Sesi amali ditamatkan dengan tayangan hasilan foto oleh pelajar-pelajar. Didapati pelajar telah dapat menghasilkan gambar yang mengkagumklan.









Seorang pelajar sedang membelek album









Khusuk mendengar penerangan tentang fotografi








En Zelkepli Shahrom sedang memberikan peneranga pengguanan shutter dan flash

No comments:

Post a Comment