OHP dan Transperansi








OHP dan Transperansi
Penerbitan dan Penggunaan Transperansi Dalam Pengajaran

Pengenalan

Transperansi merupakan medium yang hampir sama dengan slaid.Tergolong sebagai alat bantu mengajar berbentuk tayang.Ia merupakan mesin tayang paras atas (Over Head Projecter=OHP) untuk mengunjurkan imej dalam transperansi ke layar putih(white screen)dalam ukuran yang lebih besar.Penggunaannya lebih efektif untuk guru menyampaikan isi pelajarannya dibandingkan dengan ABM berbentukcetak dan pegun. Ia amat berkesan digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara luar konteks, konsep, fakta data-data dan maklumat yang berbentuk visual sama ada pada kumpulan kecil atau besar.

Kebaikan Menggunakan Transperansi dan OHP

  1. Penggunaan medium transperansi pada OHP kalau disenaraikan kebaikannya adalah seperti berikut:
  2. Dalam proses penyampaian, guru boleh gabungkan papan hitam, bahan cetak dan lisan.
  3. Gambar atau imej dari transperansi boleh ditayang tanpa mengelapkan bilik.
  4. Transperansi boleh digunakan berulangkali dan penyampaiannya boleh dilakukan secara lebihteratur dan sistematik.
  5. Guru berhadapan dengan pelajar atau penonton semasa penyampaiannya. Ini memudahkan guru membuat kawalan.
  6. Transperansi mudah digunakan, lebih berseih berbanding dengan penggunaan papan hitam dan kapur.
  7. Penggunaan OHP dan transperansi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan; komen dan maklumat baru boleh ditambah di rajah atau digambar yang terdapat ditransperansi.
  8. Dengan menggunakan warna. ilustrasi dan animasi.
  9. Imej atau gambar boleh dibesar atau dikecilkan mengikut keperluanpelajar.
  10. Menjimatkan masa dan mempercepatkan penyampaian.
  11. Projektor OHP mudah dikendalikan dan guru memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam untuk menggunakannya.
  12. Dengan menggunakan transperansi guru dapat menyampaikan maklumat dan fakta yang berkaitan dan berperingkat-peringkat secara sistematik.

Peralatan / Perkakasan Transparensi
Pada hari ini peralatan dan perkakasan untuk menerbit transparensi terdapat dalam pelbagai bentuk. Untuk menyedia dan menggunakan transparensi dengan lebih efektif guru perlu tahu dan menguasai tentang perkara berikut
a) Operasi mesin tayangan paras atas (OHP).
b) Jenis transparensi.
c) Penyediaan transparensi
d) Teknik penggunaan transparensi


Mesin Tayangan Paras Atas (TPA = OHP)
Mesin TPA yang terdapat di pasaran pada hari ini mempunyai pelbagai jenama. Sungguhpun jenamanya berbeza tetapi bentuk utamanya boleh digolongkan seperti berikut:
a) Jenis meja (Desktop)
b) Jenis mudahalih (Portable)
c) Visualizer


Jenis mudah alih/ Desktop


Alat Tayangan Visualizer
Alat tayang Visualizer juga boleh berfungsi sebagai mesin tayangan paras atas (OHP) yang menggunakan untuk menayangkan imej atau data yang terdapat dihelaian transaprensi atau dari buku ke layar putih melalui LCD ( papan hablur cecair) yang dijanakan oleh komputer.
Kelebihan Visualizer dengan OHP yang lain adalah tentang kemampuannya menyimpan dan menayangkan balik maklumat yang telah dirakamnya diulangi. Kedua ia berupaya untuk membesar atau mengecilkan imej dan ketiga ia boleh menayangkan imej bahan realia untuk tontonan semua pelajar di bilik darjah.

Jenis Visualizer

Jenis Transparensi
Pada hari ini terdapat beberapa jenis transparensi yang guru boleh gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sama ada dari jenis yang mempunyai kos rendah kepada jenis transparensi yang mahal. Jenis-jenis transparensinya adalah: a. Write-on b. PPC (Plain paper copier) c. Thermal
d. Khas untuk kegunaan komputer e. Pemindahan gambar


Write-on
Transparensi jenis “write-on” adalah jenis keeping plastik lutsinar biasa. Ia berupa plastik PVC berlutsinar yang boleh di potong mengikut saiz helaian kertas A4. Ia diperolehi dalam bentuk helaian besar yang suri rumah gunakan untuk menutup meja. Untuk menulis dan melukis grafik guru perlu gunakan “felt pen” atau “marker pen” yang berbentuk “soluble” atau “permanent” dalam pelbagai warna. Selain dari itu guru boleh juga menulis dan menambah maklumat “write-on” secara langsung di transparensi yang sedia ada di kaca datar OHP semasa proses penyimpanan dilakukan. Transparensi Jenis Thermal
Transparensi jenis thermal memerlukan haba untuk menerbitkan imej di keping transparensi yang digunakan.

Oleh kerana transparensi ini terdiri dari pelbagai warna guru perlu buat pemilihan untuk menentukan kesesuaiannya. Guru boleh buat pilih sama ada hendak menggunakan jenis berwarna atau sebaliknya untuk menerbit dan menggunakannya. Jenis transparensi yang terdapat di pasaran mempunyai:
a. Imej hitam dan warna latarnya jernih
b. Imej hitam dan latarnya berwarna
c. Imej berwarna dan lantainya jernih
d. Imej terbalik putih dan latarnya hitam (reversed image)

PPC (Plain paper copier)
Transparensi PPC (Plain paper copier) merupakan jenis transparensi khas yang digunakan di mesin fotostat. Saiz dan bentuknya serupa dengan transparensi jenis “write-on” tetapi berbeza pada ketebalannya. Bagu transparensi yang digunakan untuk mesin fotostat, saiz dan tebalnya memang dikhaskan untuk mesin fotostat sahaja. Ini menjelaskan bahawa guru tidak boleh menggunakan transparensi yang sebarangan bagi mesin mesin fotostat.

Cara transparensi diterbitkan didapati sama sebagaimana kita menyalin kertas biasa pada mesin fotostat. Dengan meletakkan helaian transparensi ditempat khas untuk transparensi atau ditempat kertas penyalin dan meletakkan bahan yang hendak dijadikan transparensi di kaca datar fotostat tersebut. Transparensi Khas Untuk Komputer Untuk mendapatkan imej yang baik dan serupa dengan gambar di mmonitor komputer, transparensi khas untuk komputer perlu digunakan. Pembukaan transparensi ini sebelah licin sebelah lagi kasar. Di bahgaian kasar inilah printer akan mencetak imej sebagaimana yang terdapat di monitor. Jika imej berwarna yang hendak dicetak pastikan mesin pencetaknya mempunyai warna dakwat laserinjet yang berwarna. Cara pencetakannya dilakukan sama seba Prinsip Reka Bentuk Menerbitkan Transparensi Untuk menerbitkan transparEnsi yang baik, beberapa prinsip penyediaannya perlu dipatuhi.

Prinsip prinsipnya adalah ;

(a) Maklumat yang terdapat di medium transparensi itu seelok-eloknya memuatkan hanya satu idea bagi satu pelan transparensi.
(b) Kurangkan unsur pantulan dengan mengasingkan beberapa gambar atau imej yang kompleks kepada komponen atau mesej utama yang hendak kita sampaikan sahaja sebagaimana di rajah sebelah.
(c) Bila menggunakan teks yang menggunakan fon 14 poin Tahoma atau Arial, pastikan bilangan perkataan yang digunakan pada satu-satu barisan itu dihadkan pada 6- 10 perkataan sahaja.
(d) Bilangan barisan yang sesuai bagi sehelai transparensi dihadkan juga pada 6-9 barisan.
(e) Warna yang digunakan selain dari tujuan untuk mencantikkan medium transparensi, kita gunakan juga untuk memberi tumpuan pada elemen yang difokuskan. Pilih warna yang harmoni dan kontras seperti, Kuning dengan Hitam, Biru dengan Putih, Putih dengan Hitam.

Hurufan yang digunakan juga perlu dipilih dari jenis hurufan San Serif ( Arial, Tahoma, Century Gothic, etc). Elakkan dari menggunakan hurufan yang berunsur dekoratif atau Italic. Skrip hurufan yang terdapat pada komputer antaranya terdiri jenis,

(g) Medium transparensi yang telah siap disediakan perlu mempunyai bingkai. Tujuannya adalah bertujuan untuk ;

  • Memudahkan kita menggunakan transparensi dengan mencatitkan penanda
  • pada setiap transparensi mengikut urutan.
  • Tidak menampakkan kesan jari pada transparensi.
  • Boleh disimpan dengan transparensi yang lain agar tidak melekat.
  • Boleh dibuat secara tindih-tindan.
  • Maklumat penting boleh dicatitkan dibingkai untuk rujukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Teknik Menggunakan Medium Transparensi Untuk Persembahan

Hurufan Times New Roman
 Hurufan Monotype Corsiva
 Hurufan Impact
 Hurufan Arial
 Hurufan Arial Narrow
 Hurufan Comic Sans
 MALAYSIA NEGARA KU
 Hurufan jenis Serif
 Hurufan jenis Dekoratif
 Hurufan jenis San Serif Padat
 Hurufan jenis San Serif
 Hurufan jenis San Seri
 Hurufan jenis San Seri Padat


Teknik persembahan yang lazim digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan pada tiga cara.
 Tranparensi selembaran dan sisipan (Single Tranparency)
 Transparensi bertindih (Overlay Transparency)
 Transparensi tutup-buka (Masking Transparency)

Transparensi Selembaran

Transparensi selembaran digunakan untuk menyampaikan informasi, konsep,
pengetahuan dengan hanya menggunakan satu keping (lembaran) transparensi.
Pendekatan ini terbatas dan isi pelajaran, konsep atau informasinya perlukan
beberapa keterangan lanjut seperti diagram, graf dan gambar lain untuk difahami. Guru boleh gunakan helaian transparensi jenis “ write-on” yang baru untuk mencatitkan maklumat baru di transparensi tersebut, di papan hitam atau menggunakan bahan bantu mengajar lain yang berkaitan untuk pengukuhan. Selain dari itu, guru boleh juga gunakan OHP untuk menarik perhatian pelajar tentang pelajaran yang diajarnya. Pertama adalah dengan menggunakan kaedah pasang tutup suis OHP pada waktu yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar di suasana yang monotonus.

Dari penerangan lisan yang berterusan dan monotonus, guru alihkan kaedahnya dengan menghidupkan OHP dan gunakan transparensi sebagai alat bantu pengajaran. Kaedah kedua yang guru boleh gunakan adalah kaedah sisipan. Guru letakkan sekping kertas legap di atas transparensi dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga seluruh maklumat ditayangkan kepada pelajar.


Transparensi Bertindih-Tindan (Overlay transparency)Bagi menyampaikan isi pelajaran, konsep, ilmu pengetahuan dan informasi yang terdiri dari beberapa peringkat, tahap dan fasa transparensi tindih-tindan (overlay) digunakan. Ia paling sesuai bagi menerangkan konsep yang berkaitan antara satu dengan yang lain atau berkesinambungan. Untuk mengukuhkan lagi penyampaian, transparensi warna jenis bergam sendiri (self adhersive colour firm) digunakan pada helaian ke2, ke3 dan yang ke4 yang ditindih untuk member kesan pada maklumat atau informasi yang disampaikan.


Transparensi Tutup -Buka (Masking transparenscy)

Konsep transparensi tutup-buka ini selari dengan konsep “masking” iaitu menyembunyikan bahagian maklumat, gambar dan rajah dari tatapan pelajar. Tujuan pertamanya adalah untuk mendapatkan perhatian pelajar tentang gambar, maklumat dan rajah yang akan ditayangkan itu. Kedua, adalah untuk memudahkan pelajar faham peringkat-peringkat isi pelajaran yang berkaitan terbentuk. Ketiganya adalah untuk mengelakkan kekeliruaan pelajar memahami isi pelajaran yang ditayangkan itu nanti jika tidak dilakukan mengikut urutan. Sering juga kaedah ini dinamakan kaedah tertingkap kerana terdapatnya beberapa tingkap yang guru buka dan tutup semasa proses pengajaran dilakukan.

Jenis tutup dan buka


Layar Tayang (Skrin)Layar tayang (screen) merupakan satu lagi keperluan utama untuk menggunakan media tayang. Pada hari ini, terdapat 2 kategori layar tayang yang digunakan bersama dengan media. Kategori yang pertama adalah layar tanyang yang lut cahaya dinamakan “ tayang belakkang (rear screen). Layar tayang jenis ini tontonannya boleh dilakukan di dua belah layar tayang tersebut. Penonton boleh menonton dari belakang dan juga dari bahagian depan layar. Kategori yang keduanya adalah layar tayangjenis tayangan depan yang sering digunakan di sekolah. Layar tayang jenis ini terdiri dari beberapa jenis permukaan pantulan cahaya yang perlu dipilih untuk kesesuaian kita. Ia berbeza pada saiz, bahan dan fungsinya. Ada yang menggunakan elektrik dan ada yang berbentuk manual. Jenis layar tayang yang kerap digunakan di sekolah terdiri dari jenis layar tayang berikut
Jenis teknik bertingkap
.
a. Layar Tayang Jenis Matt

Materialsnya jenis kain tebal atau kanvas yang mempunyai permukaan putih dan licin. Layar tayang jenis ini kurang membalikkan cahaya yang banyak jika dibandingkan dengan layar tayang yang lain. Layar tayang jenis Matt ini sesuai digunakan pada bilik yang pendek dan lebar.

b. Layar tayang Jenis “Glass Beaded”Layar tayang jenis Glass ini di dapati gambar atau imejnya lebih terang daripada layar tayang Matt.permukaan putihnya disemburkan dengan serbuk kaca yang hamper menyerupai kertas pasir. Banyak digunakan kerana sinaran arcanya lebih terang seperti kaca ketika terkena cahaya. Layar jenis ini ssuai digunakan pada bilik yang sempit dan panjang.

c. Layar Tayang Jenis “ Silver Metalled”Layar tayang jenis Silver Metalled didapati jenis yang terbaik antara layar tayang yang lain. Ia berupaya memberi balikan cahaya yang baik dan mempunyai pengunjuran imej yang berkualiti. Penempatan Layar Tayang (Skrin) Majoriti dari sekolah menggantung layer tayangnya di papan hitam. Lokasi ini sungguh pun baik bagi “sudut tontonan” tetapi yang menyukarkan guru mengguna dan menulis maklumat di papan hitam apabila diperlukan. Guru akan membuka layar tayang apabila diperlukan dan alan menutupnya balik apabila beliau ingin menggunakan papan hitam untuk mencatitkan maklumat pelajarannya. Keadaan ini akan berterusan di sepanjang pengajaran dan boleh menganggu kelicinan penyampaiannya. Lokasi layar tayang yang paling ideal seelok-eloknya diletakkan di sudut kanan bilik darjah. Pastikan layar yang digantung itu berada di sebelah kakan guru semasa berhadapan dengan pelajarnya. Ini memeudahkan guru membuat pergerakan dari menggunakan OHP dan mencatitkan maklumat di papan hitam dan sebaliknya tanpa membuka atau menutup layar tayang tersebut. Penempatan layar tayang ini juga diletakkan di aras yang lebihtinggi dan tidak berada pada sudut tegak imejnya akan menjadi herot dan berlaku “kesan keystone” (keystone effect). Yang membuat tontonan kurang baik. Cara membetulkan keadaan “keystone effect” ini kedudukan layar tersebut perlu\ dibetulkan dengan memastikan imej tayangan di layar tayang berada pada sudut tegak sebagaimana dinyatakan di rajah berikut:





Keystone Effect








Bibliografi


Mohd Jizat Abdol,Abdul Razak Idris dan  Jessnor Elmy (2006). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran.UTM.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Puchong.Penerbitan Multimedia.


Hasil Bahan Pembentangan (PoewrPoint)

  1. Projektor OHP
  2. Jenis-jenis transperansi
  3. Cara  penyediaan transperansi
  4. Panduan menggunakan OHP

Modul

Modul OHP dan Transperansi

No comments:

Post a Comment