Buku Rujukan

Perancangan,Penerbitan dan Penggunaan Media Pengajaran












Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Alim Norah Md Nor.(2003), Sains Komputer; Teknik dan Teknologi. Kuala Lumpur. Venton Publishing.










Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir.(2007). Asas Reka Bentuk Laman Web.Kuala Lumpur. Venton Publishing.












Ismail Zain.(2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran.Kuala Lumpur. Utusan Publication Sdn. Bhd.










Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir.(2006). Teknologi dan Reka Bentuk Grafik Digital. Kuala Lumpur. Venton Publishing.











Jamalluddin \harun dan Zaidatun Tasir.(2007). Teknologi Audio Digital: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur. Venton Publishing.













Noriati A. Rashid, et. al (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oxford Fajar Sdn. Bhd,Selangor.










Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran












Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir.(2007).Teknologi Video Digital: Teori dan Praktis.Kuala Lumpur. Venton Publishing.











Jamalluddin Harun dan Zaizatun Tasir. (2005). Animasi Dari Helaian Kertas ke Skrin Digital.Kuala Lumpur. Venton Publishing.











Teknologi Pengajaran












Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran








Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi













Pembelajaran Multi Media














Reka Bentuk Perisian Multimeida











Penguursan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains Perpustakaan













































Zoraini Wati Abas.(1993).Komputer Dalam Pendidikan.Kuala LUmpur.Penerbit Fajar Bakti.

















Life Library of Photography.(1982) The Studio (Revised Edition). Time Life Book
















Abd Rahim bin Selamat.(1988). Teknologi Sistem Pengajaran.Subang Jaya.Kentarmas Jati. Sdn. Bhd.

















Judy Lever Duffy, Jean B. McDonald,Al P.Mizell.(2003).Teaching and Learning with Technology.Boston.Pearson Education. Inc.
















Open University Malaysia .(2007). Prinsip Teknologi Pengajaran.Kuala Lumpur.



















Iskandar bin Ab. Rashid dan Zaitun Ismail.(2006).Fotografi Digital Cara Mudah.Kuala Lumpur. Venton.

Reka Bentuk Pengajaran








REKA BENTUK PENGAJARAN

4.1. PENGENALAN
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perludifikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.

4.2. REKA BENTUK PENGAJARAN

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran.

Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.

Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapatmembantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakannpembentukanperisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalammembangunkan perisiannberasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai modelndiperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yangn dicadangkan hampirnsama.

Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuk pengajaran bersistem yang terkenal ialah:

i. Model ADDIE
ii. Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Robert Glasea
v. Model Branson
vi. Model Resier and Dick
vii. Model Van Patten
viii. Model Gentry
ix. Model Dick and Carey
x. Model Air Terjun
xi. Model Prototyping
xii. Model Smith and Ragan
xiii. Model Jerold Kemp
xiv. Model Gerlach and Ely
xv. Model Diamon

Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
iv. Model orentasi teknologi

Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajarandalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaranberorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.

Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).

Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).

Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

4.3. MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

4.3.1. MODEL ADDIE



Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE

Analisis

Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Analisa(Analysis)
  • Reka Bentuk(Design)
  • Pembangunan(Development
  • Perlaksanaan(Implementation)
  • Penilaian(Evaluation)

i) Matlamat perisian
ii) Objektif perisian
iii) Kumpulan sasaran
iv) Kandungan perisian
v) Pendekatan pedagogi
vi) Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satulakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangkadalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisianperlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama.

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.

Proses kerja dalam fasa ini ialah:
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

4.3.2. Model ASSURE

Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)
S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)

Menganalisis Pengguna

Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian jugaperlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan carapembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan mediadan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciriumum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada
yang sama.
iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan sekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).

Menyatakan objektif pembelajaran
Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian
yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahan
Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan
yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia.
Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televison. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:

a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian.

Media yang dipilih perlulah:
a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar
d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini
e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti
f) Mempunyai aspek nilai murni
g) Dapat merangsangkan daya pemikiran

Menggunakan media dan bahan pembelajaran
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.

Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.

Melakukan penilaian dan pengubahsuaian
Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan

4.3.3. Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)


Rajah 4.2. Model Rapid Prototyping (1998)
Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu bentuk model pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.

Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun
prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas perisian sebenar.



4.3.4. Model Reka Bentuk Air Terjun (1997)

Model Air Terjun mengandungi enam fasa yang berurutan. Model Air Terjun terdiri daripada enam fasa iaitu analisis, rekabentuk, implementasi, pembangunan intergrasi, pengujian atau penilaian dan penyelenggaraan  mengutamakan reka bentuk penggunaan teknologi. Kelemahan model ini ialah proses pembangunannya terlalu terikat dengan satu fasa sehingga sukar untuk ianya diubahsuai atau mengikut kesesuaian suasana. Adalah mustahil untuk mengikut langkah secara terperinci tanpa wujud masalah.
  • Analisis feasibiliti
  • Analisis keperluan
  • Implement perisian
  • Penilaian dan pengujian
  • Kitaran prototaip
  • Pembangunan perisian
  • Mereka bentuk perisian


(Rajah 4.3). Model Air Terjun

Rajah 4.3. Aliran Kerja Berdasarkan Model Air Terjun (1997)

4.3.5. Model Reka Bentuk Pengajaran Dick Dan Carey (1996)

Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya.
  • Analisis
  • Reka bentuk
  • Penyelenggaraan
  • Implementasi
  • Pengujian
  • Pembangunan



Rajah 4.4 Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan. Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.
  • Kenal pasti matlamat pengajaran
  • Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat
  • Penilaian formatif
  • Bina atau pilih bahan pengajaran
  • Bina strategi pengajaran
  • Bina item ujian rujukan kriteria
  • Tulis objektif prestasi
  • Penilaian sumatif
  • Buat analisis pengajaran



4.3.6. Model Hannafin Dan Peck (1988)

Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan. Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan. Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan.

RAJAH 4.5. Model Reka Bentuk Hannafin Dan Peck (1988)
Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif.

Fasa 1 -Analisis keperluan
Fasa 2 -Reka bentuk
Fasa3 -Pembangunan dan perlaksanaan

Penilaian dan pengulangan

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan sasaran yang terhad.


4.3.7. Model Robert Glasea

Model Robert Glasea mempunyai empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia, kaedah mengajar dan penilaian.

Rajah 4.6. Aliran kerja berdasarkan Model Robert Glasea

i. Objektif pengajaran
Objektif pengajaran adalah hasil pengajaran yang melibatkan perubahan tingkah laku yang spesifik dan boleh diukur setelah mengikuti pelajaran. Objektif pengajaran adalah tahap jangkaan minima bagi prestasi yang dicapai oleh pelajar. Pembangun perisian boleh mendapat maklumat tentang objektif pengajaran daripada sukatan dan huraian kurikulum.

ii. Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan sedia ada adalah pengalaman yang telah dimiliki atau dikuasai oleh pelajar sebelum proses pembelajaran. Dengan mengetahui pengalaman
  • Objektif
  • Pengajaran
  • Pengetahuan sedia ada
  • Kaedah Mengajar
  • Penilaian
Maklum balas lepas pembangun perisian boleh memilih kaedah, tahap dan strategi yang bersesuaian dengan golongan sasarannya.
iii. Kaedah mengajar
Setelah menetapkan objektif yang hendak dicapai dan mengetahui pengalaman sedia ada padapelajar, barulah pengatur cara atau pembangun perisian memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan golongan sasaran.Kaedah mengajar penting bagi memastikan pengajaran yang hendak disampaikan dapat digunakan dan diaplikasikan.

iv. Penilaian

Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang ditetapkan, perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang melibatkan pelbagai pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan komen. Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan kelemahan dalam perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses penilaian, seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh mengesan pencapaian dan penerimaan pelajar.


RUJUKAN

Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of Education Research 49(3): 70-71.

Benjamin, L.T., Hopkin, J.R. & Nation. J.R. 1994. Psychology. Ed. ke-3. New York: Macmillan Publishing.

Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row Publishers, Inc.

Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.

Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and the culture of learning. Educational Researcher.

Carrol, J. M. 1990. The Nurnberg funnel : designing Minimalist Instruction for practical computer skill. MIT Press.

Cates, W. M. 1992. 1992 Fifteen Principles For Design More Effective Instructional hypermedia/ multimedia product. Education Technology, December: 5-11.

Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A conversation with Howard Gardner. Educational leadership (atas talian)
.
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
 

Chung Hang Tek. 2001 Perlaksanaan Program Latihan Sekolah Bestari. Kerta kerja Krusus Peningkatan Profesinalisme Orentasi Pensyarah Baru Maktab Perguruan Malaysia. Hotel Pearl International Kuala Lumpur , 21-27 Oktober
 

Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.
 

Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and Winston.
 

Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork:
Holt.
 

Goh Kek Seng. 1990. Aktiviti Mengenal Komputer. Kuala Lumpur : Federal Publication.
 

Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September.
 

Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and evulation of instructional software. New York: Macmillan Publishing Company.
 


Harold, F., O'Neil, J.R. & Paris, J. 1981. Introduction and overview of computer-based instruction. Computer-based instruction. hlm 1-21.
 

Harwood, W.S. & Mc Mahon, M.M. 1997. Effect of integrated video media on student achievement and attitudes in high school chemistry. Journal of Research in Science Teaching 34(6): 17-63.
 

Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs. New York: Merill-Prentice Hall.
 

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media
and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
 

Jamaludin Haron & Dr Zaidatun Tasir, 2004. Multimedia Dalam Pendikan. PTS Pubication.
 

Jonassen, D. 1988. Designing structured hypertext and structuring access to hypertext. Education Technology, November: 13-16.
 

Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall
 

Jones, T. & Berger, C. 1995. Student use of multimedia science instruction: Designing generation. Journal of Education Multimedia, Hypermedia 4(4): 305-320.
 

Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism.
http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai 2001).
 

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM Kuala Lumpur : 
Pusat Perkembangan Kurikulum. http//kdp.ppk.kpm.my
 

Kementerian Pendidikan Malaysia 1997. Pasukan petugas sekolah bestari. sekolah bestari di Malaysia.
 

Kozma, R.B. 1993. Learning with media. Review of Education Research 61(2): 179-211.
 

Krish, D. 1997. Interactivity and multimedia interfaces. Instructional Science 25: 79-96.
 

Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier
 

Hassan. 1998. Kajian penilaian dan perlaksanaan kursus dalam perkhidmatan 14 minggu sekolah bestari. Kertas kerja Seminar Bahagian Pendidikan Guru. Institusi Perguruan Darul Aman, 6 - 8 October.
 

Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier
 

Hassan. 2000. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari perintis Negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28 Jun.
 

Lee Shok Mee. 1997. Psikologi pendidikan 2: Teori dan aplikasi psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
 

Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On Attitude Towards Computers. Journal of Educational Computing Research. (1), 69-88
 

Lim Sea Kiaw . 1995. Kajian status pelaksanaan Literasi Komputer di Sarawak. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
 

Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in education: from computer literacy to curriculum integration. Proceeding The International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.
 

Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey:
 

Mc Keown P,G. 1986. Living with computer. USA : Harcourt Brace Jovanovich
Publisher
 

Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,
 

M.N. 1996. Computer’s in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon.
 

Mohamad Izzat Ridwan . 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam pernigaan ICT . Majalah PC September: 56-57
 

Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC, September: 58-59
 

Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli. Surat. Berita Harian, 23 Ogos: ms 11
 

Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru- Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November .26-27
 

Mohd Ariff Hj Ismail. 2004. Model Reka Bentuk Instrksional Dalam Pengajaran dan pemelajaran. Rekabentuk Pengajaran Dan ICT:Aplikasi Dalam Aliran Pendidikan Era Globlisasi, hlm 1-11.
 

Mohd Dzulkifli A. Jalil. 2002. Kajian keberkesanan persekitaran pembelajaran multimedia interaktif dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.
 

Mohd Ishak Othman. 2002. pembinaan pembelajaran dan pembelajaran berbantukan komputer: Belajar mengenai storan skunder. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
 

Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology for teaching
 

Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 

Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3 Disember:
 

Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan Penilaian Perisian . Media
ComiL.
 

Nurain Hafiza. 2002. Benarkah Melayu Sukar menguasi ICT. Majalah PC Oktober: ms 18 – 19 Orr, K.L., Golas, K.D & Yao, K 1994. Storyboard development for interactive multimedia traninig. Journal of Interactive Instruction Development
 

Palmer W. Agnen, Anne S.Kellerman, Jeanine M.Meyer, 1996, Multimedia in The Classroom, Allym & Bacon, Boston, London, Toronto
 

Park, L., & Hannafin, M.J. 1993. Empirically-based guideline for the design of interactive multimedia. Education Technology Research and Development
 

Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology and psychiatry including a section on sleep and hypnosis. New York: Citadel Press
 

Perzylo, L. 1993. The application of multimedia in schools. British Journal of Education Technology 24(3): 191-197.
 

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.
 

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
 

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
 

Reader, W. & Hammond, N. 1994. Computer bases microword: A bridge between constructivism and direct instruction. Education Technology Research and Development 40(1): 93-106.
 

Rivilin, E., Botagogo, R. & Shneiderman, B. 1994. Navigating in hyperspace: Designing a structure-based toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96.
 

Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259.

Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November 26-27.
 

Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
 

Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.
.
Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.
 

See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia 2: 61-66.
 

Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes Toward Computers: Validation of a Computer Attitude Scale for 16-19 Education. Computers Education. 28 (1), 35-41
 

Shaharudin Salleh 1986. Pengenalan Kepada Komputer. Petaling Jaya : Federal Publications.
 

Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 

Shaifol Bahary Sulaiman 2002. Asas Permainan Bola Sepak (Perisian Interaktif)
 

Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 29- 38.
 

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.
 

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Sains perpustakaan untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.
 

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.
 

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900
 

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pratikum Berpasangan Fasa 1, MPBP (Perisian Interaktif)
 

Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din Hassan. 2000. Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer selepas kursus latihan guru sekolah bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28 Jun.
 

Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan pengajaran Bahasa, Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM.
 

Siti Hawa Ahmad. 1997. Sekolah bestari di Malaysia: Mereka semula sistem pendidikan di Malaysia. (atas talian) http//www.eprd.kpm.my (17 April 2003).
 

Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York : Appleton-Century-Crofts.
 

Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and practice. New Jersey: Merril/Prentice Hall.
 

Smart School Task Force. 1997. The Malaysian smart school-an MSC flagship
aplication : A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sorotan akhir tahun: Komitmen Kerajan terus rangsang sector ICT. 2002. Utusan
Malaysia 25 Disember: Ekonomi ms 24
 

Squires, D. 1997. Providing computer-base experince for learning physics. Physic Educatio, 22: 39-24.
 

Stewart, L. and Michale, T. 1989. Parent’s guide to education software and computer. San Diego: Computer Publishing Enterprise.
 

Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi : Teori dan praktik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
 

Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.
 

Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. berita harian 7 Januari : Pendidikan ms 8
 

Woolfolk, A.E. 1992. Educational psychology. Boston: Ally and Bacon.
 

Yong Soe Han (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
 

Yusof Hashim . 1993. Buletin UNESCO Malaysia. Jilid 5, Nov. 1993
 

Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.
 

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1990. pentadbiran pendidikan, K.Lumpur: Fajar Bakti
 

Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
 

Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Rancangan Semester

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER

AKADEMIK/ KOKURIKULUM

SEMESTER 2 ( JUN-NOVEMBER ) TAHUN 2011

Nama Pensyarah :

Jabatan/Unit : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Mata Pelajaran / Kursus/Jenis Kokurikulum : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kod Kursus : EDU3105

Kredit : 3 (2+1)

Kumpulan Diajar : PISMP SEM 4-PISMP-RBT3/RBT4 Ambilan Jun 2010

Minggu/ Tarikh

Topik/Tajuk

Jam Interaksi

(Seminggu)

Catatan

M 1

20/6/2011- 24/6/2011

1. Teknologi Pendidikan (Kuliah 2 jam)

· Konsep

· Domain-domain

· Prinsip-prinsip

· Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran

2. Reka bentuk Pengajaran (Kuliah 2 jam)

  • Pengertian
  • Peranan dan kepentingan
  • Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE
  • Reka bentuk mesej

Tutorial (1 jam)

Gambaran umum tentang kursus dan penjelasan tentang sesi amali & Independent Student Learning (ISL).

Pembahagian kumpulan untuk sesi praktikal

ISL

· Membuat rujukan di pusat sumber tentang ”Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran

· Membuat rujukan di Pusat Sumber mengenai topik “Peranan dan kepentingan Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE”.

Kuliah : 4 jam

Amali : 0 jam

Tutorial: 1 jam

M 2

27/6/2011 –

1/7/2011

3. Media Pengajaran (Kuliah 2 jam)

· Konsep

· Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

· Jenis-jenis dan klasifikasi media

4. Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran (Kuliah 2 jam)

· Model ASSURE

ISL

· Melayari internet untuk memperoleh maklumat tentang pelbagai jenis media.

· Cuba buat klasifikasi dengan menggunakan pengurusan grafik

Kuliah : 2 jam

Amali : 0 jam

M 3

4/7/201

8/7/2011

5. Asas Grafik (Kuliah 2 jam)

· Prinsip

· Reka bentuk visual

· Peralatan penghasilan grafik

Amali Grafik (2 jam)

Menunjukcara penggunaan kamera digital serta cara membuat imbasan dengan bantuan scanner supaya reka bentuk visual yang menarik.

ISL

· Merujuk kepada Bab 4 dalam Smaldino,S.E, et al.(2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.).New Jersey:Pearson Educational Inc. kajikan kualiti di mana seseorang pereka cipta harus teliti dalam penghasilan rekabentuk visual yang menarik.

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

M 4

11/7/2011

-

15/7/2011

6. Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi (Kuliah 2 jam)

· Pengertian bahan 2D dan 3D

· Jenis-jenis bahan seperti carta, graf, realia, boneka,

Diorama

Amali Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi (2 dpd. 4 jam)

Dalam kumpulan, pelajar menyediakan salah satu bahan 2D atau 3D berdasarkan satu topik mata pelajaran untuk digunakan sebagai bahan pengajaran

ISL

Mengakses Chapter 9 dalam laman http://www.prenhall.com/smaldino melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam Portfolio Activities.

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

Tutorial : 1 jam

M 5

18/7/2011

-

22/7/2011

Amali Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi (2 dpd. 4 jam)

Dalam kumpulan, pelajar menyediakan salah satu bahan 2D atau 3D berdasarkan satu topik mata pelajaran untuk digunakan sebagai bahan pengajaran

7. Asas Fotografi (Kuliah 2 jam)

· Sejarah perkembangan fotografi

· Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera

· Jenis-jenis dan aksesori kamera

· Jenis-jenis filem

· Teknik penggambaran

· Komposisi

· Fotografi digital

ISL

· Merujuk kepada Section A dalam Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. & Molenda,M.(2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.).New Jersey: Pearson Educational Inc. , bincang dan senaraikan langkah-langkah memerlihara dan memulihara cetakan fotografi anda

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

M 6

25/7/2011

-

29/7/2011

Amali Fotografi (4 jam)

Menghasilkan bahan pengajaran

berasaskan 5 keping cetakan fotograf menggunakan beberapa teknik-teknik penggambaran

Kuliah : 0 jam

Amali : 4 jam

M 7

1/8/2011

-

12/8/2011

8. OHP dan Transparensi (Kuliah 2 jam)

· Bahagian-bahagian dan fungsi OHP

· Pengendalian OHP

· Kelebihan dan kelemahan penggunaan OHP

· Jenis-jenis transparensi

· Teknik penyediaan dan persembahan transparensi

Amali OHP dan transparensi (2 jam)

Menyediakan OHP berdasarkan sebuah cerita kanak-kanak. Gunakan kreativiti untuk menghasilkan OHP transparensi.

ISL

Berdasarkan kepada Ellington,H.(1996). Using the overhead projector effectively. Retrieved 4 Dec

2007 from http://apu.gcal.ac.uk/ciced/Ch.15.html., gariskan prosedur dan teknik menghasilkan transparensi yang berkesan

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

1/8/2011 Awal Ramadhan

M 8

8/8/2011

-

12/8/2011

9. Bahan Audio (Kuliah 2 jam)

· Penggunaan peralatan audio

· Perancangan dan penyediaan rakaman

· Rakaman

· Suntingan

Amali suntingan audio ( 2 dpd. 4 jam)

Membuat rakaman audio bagi digunakan bersama dengan OHP cerita kanak-kanak yang dipilih (2 jam)

(Kerja Kumpulan

ISL

Berdasarkan Bab 11 dalam

Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. & Molenda,M.(2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.).New Jersey:Pearson Educational Inc. dan artikel artikel lain, banding beza Akta Hak cipta yang digunapakai di Malaysia dan antarabangsa

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

M 9

15/8/2011

-

19/8/2011

Amali suntingan audio ( 2 dpd. 4 jam)

Membuat rakaman audio bagi digunakan bersama dengan OHP cerita kanak-kanak yang dipilih (2 jam)

(Kerja Kumpulan)

10. Penerbitan Video Pendidikan (Kuliah 2 jam)

· Jenis-jenis kamera video

· Bahagian-bahagian dan fungsi kamera video

· Jenis-jenis syot

· Pergerakan kamera video

· Proses penerbitan video

· Video digital

ISL

Berdasarkan rubrik penilaian video di akhir Bab 12 dalam Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. & Molenda,M.(2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.).New Jersey:Pearson Educational Inc. , buat penilaian interaktif mana-mana CD video yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

17/8/2011 Nuzul Al-Quran

M 10

22/8/2011

-

26/8/2011

PENGALAM BERASASKAN SEKOLAH

M 11

29/8/2011

-

2/9/2011

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

HARI RAYA AIDIL FITRI 30/31 OGOS 2011

M 12

5/9/2011

-

9/9/2011

Amali Penerbitan Video Pendidikan (4 jam)

Menghasilkan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) bervideo selama 15 minit berdasarkan papan cerita dan skrip yang disediakan (Kerja kumpulan)

Kuliah : 0 jam

Amali : 4 jam

M 13

12/9/2011

-

16/9/2011

11. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2 dpd. 8 jam)

· Pemprosesan Perkataan

· Persembahan Elektronik

AMALI (2 dpd. 10 JAM)

Latihan Amali 1:

Membuat bahan pengajaran berbentuk brosur daripada template berasaskan perisian pemerosesan perkataan

Latihan Amali 2: Menyediakan slaid powerpoint berdasarkan topik pengajaran dalam matapelajaran terpilih

ISL

Buat rujukan dalam Pusat Sumber and bincang dengan rakan-rakan mengenai topik ” Impak pemerosesan perkataan dalam pendidikan dan isu-isu berkait dengan pemerosesan perkataan.

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

M 14

19/9/2011

-

23/9/2011

11. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2 dpd. 8 jam)

· Hamparan Elektronik

· Pangkalan Data

AMALI (2 dpd. 10 jam)

Latihan Amali 1:

Berdasarkan data yang diberi, bina borang markah pelajar

Latihan Amali 2: Menyedia jadual dengan Microsoft Access berdasarkan data yang disediakan.

ISL

· Dengan mengakses internet, cari bahan dan cuba membentuk satu aktiviti bilik darjah yang mengintegrasikan fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran

· Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut:

· Peningkatan dalam penggunaan pangkalan data dalam masyarakat serta kemudahan internet telah memudahkan maklumat peribadi diakses oleh sesiapa pun. Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi palajar di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

HARI MALAYSIA 16/9/2011

M 15

26/9/2011

-

30/9/2011

11. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2 dpd. 8 jam)

· Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan

· Penghasilan pakej multi media pembelajaran

AMALI PENGINTEGRAIAN TMK DALAM P&P (2 dpd 10 jam)

Latihan 1 :

Dalam kumpulan, pelajar menghasilkan multimedia dengan perisian pengarangan Macromedia Authorware 6.5 untuk mengajar satu topik pengarangan.

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

M 16

3/10/2011

-

7/10/2011

11. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2 dpd. 8 jam)

· Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan

· Penghasilan pakej multi media pembelajaran

· Penggunaan Media Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran

AMALI PENGINTEGRAIAN TMK DALAM P&P (2 dpd. 10 JAM)

Latihan 1 :

Dalam kumpulan, pelajar menghasilkan multimedia dengan perisian pengarangan Macromedia Authorware 6.5 untuk mengajar satu topik pengarangan

ISL

Melayari dan akses maklumat dari internet dan pusat sumber untuk mencari beberapa jenis media interaktif yang boleh digunakan sebagai sumber bilik darjah.

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

M 17

10/10/2011

-

14/10/2011

11. Amali Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2 dpd.10 jam)

Persembahan elektronik dengan mengabungjalin kemahiran teknologi pembelajaran dan pengajaran yang telah dipelajari

12. Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan (Kuliah 2 jam)

· Hak cipta terpelihara (Copyright)

· Keselamatan

· Kerahsiaan

· Kawalan kendiri

ISL

Dalam seminggu, buat koleksi tentang perkembangan baru tentang media elektronik dalam surat khabar, berita, majalah dan sumber media yang lain. Secara kumpulan, sediakan 1-2 mukasurat laporan menghuraikan impak perkembangan baru ini terhadap pembelajaran pelajar.

Kuliah : 2 jam

Amali : 2 jam

M 18

17/10/2011

-

21/10/2011

MINGGU ULANGKAJI / PERKHEMAHAN WAJIB UNIT BERUNIFORAM

M 19

24/10/2011

-

28/10/2011

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

DEEPAVALI

26 OKTOBER 2011

M 20

31/10/2011

-

4/11/2011

MINGGU ULANGKAJI

M 21

7/11/2011

-

11/11/2011

MINGGU PEPERIKSAAN

HARI RAYA QURBAN

6/11/2011,

7/11/2011 CUTI UMUM

M 22

14/11/2011

-

18/11/2011

MINGGU PEPERIKSAAN

JUMLAH

Kuliah 30 jam

Amali 30 jam

Jumlah 60 jam+ 1 jam Tutorial

Catatan : Rancangan ini tertakluk pada pindaan Disahkan oleh Ketua Jabatan/

Ketua Unit Kokurikulum

Tandatangan Pensyarah Tandatangan

____________________________________ ______________________________________

(Nama: ) (Nama:, )

Tarikh: 13/6/2011 Cap Jabatan:

Tarikh: 13/6/2011