Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) sekelian.
Sudahkan anda bersedia menghadapi peperiksaan EDU3105 pada 20 Mei 2013 (8.15-10.45 pagi )?
EDU3105
adalah
kertas yang wajib diambil oleh pelajar PISMP pada semester 4. Selain
daripada tugasan kerja kursus, peperiksaan juga merupakan satu penilaian
yang
akan diambil kira. Peperiksaan EDU3105 akan diadakan pada bulan November
2012.
Peperiksaan ini melibatkan 40 peratus markah akhir. Berdasarkan
soalan-soalan yang lepas, format soalan meliputi Bahagian A -Soalan
Aneka Pilihan(20 markah), Bahagian B-Soalan Struktur (40 markah) dan
Bahagian
C-Soalan Esei (40 markah). Anda diberi
masa untuk menjawab selama 2 jam 30 minit. Persoalannya adakah anda
sudah
bersedia untuk mengambil peperiksaan tersebut?
Apakah topik-topik yang perlu diberi perhatian?
Anda
perlu mengulang kaji semua topik yang terdapat dalam EDU3105. Topik 1 - Konsep
teknologi dalam pengajaran. Topik ini banyak ditumpukan dalam soalan aneka
pilihan dan soalan struktur.Topik 2-Reka bentuk pengajaran juga banyak
dimasukkan dalam soalan aneka pilihan.Topik 3-Media Pengajaran akan ditanya
dalam soalan struktur dan juga aneka pilihan.
Topik 4- Model ASSURE dan
Model ADDIE. Anda perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada topik ini.
Ini disebabkan banyak soalan yang boleh ditanya sama ada dari aspek kepentingan, langkah-langkah,
maksud model berkenaan. Begitu juga mungkin anda diminta membuat perbezaan antara
kedua-dua model ASSURE dengan Model ADDIE. Pengaplikasian Model ASSURE juga
mungkin boleh disoal. Misalnya bagaimanakan anda dapat mengaplikasikan Model
ASSURE dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Soalan juga boleh
berbunyi begini” bagaimana anda boleh mengaplikasikan model ADDIE dalam
pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran
bagi sesuatu topik yang anda pilih”.Sejauh manakah model ADDIE dapat membantu dalam penghasilan jenis media yang anda pilih? Dalam hal
ini anda perlu tahu jenis media yang anda pilih sebelum membincangkan secara terperinci berkaitan dengan model ADDIE.Anda seharusnya berhati-hati semasa memahami
soalan untuk dijawab.
Topik 5-Konsep asas grafik merupakan topik yang agak popular. Semasa mengulangkaji topik ini, anda dinasihatkan memberikan penekanan kepada prinsip asas grafik. Prinsip CASPER juga perlu difahami secara mendalam. Soalan yang akan ditanya adalah soalan aras tinggi. Anda bukan setakat menghafal fakta tetapi juga seharusnya tahu bagaimana anda dapat mengaplikasikannya dalam pembinaan grafik sebagai alat bantu mengajar yang dipilih.
Topik 6-Penggunaan bahan
2D dan 3D. Anda seharusnya telah memahami
fakta-fakta yang di dalamnya. Anda perlu tahu dari segi definisi, boleh
memberi contoh setiap satu. Begitu juga
anda boleh membezakan ciri-ciri yang
terdapat pada bahan 2D dan 3D. Soalan
boleh ditanya dari aspek definisi atau maksud
bahan 2D dan 3D. Juga anda
diminta memberikan contoh-contoh bahan 2D dan 3D. Mungkin juga anda akan
ditanya mengenai perbezaan bahan 2D dan
3D. Dalam kontek ini anda seharusnya mengenalpasti ciri-ciri nya dan memberikan
contoh yang jelas. Topik ini boleh ditanya dalam soalan aneka pilihan mahupun
soalan struktur.
Topik 7-Fotografi. Topik ini merupakan topik yang popular
dalam EDU3105. Apa yang penting anda tahu bahagian-bahagian fotografi dan
fungsinya. Anda tahu cara untuk mengendalikannya. Begitu anda faham bagaimana untuk mengambil gambar. Oleh itu
anda seharusnya faham akan teknik
pengambaran yang betul.Topik ini amat polular
dalam bentuk soalan struktur mahupun esei.Topik fungsi
bahagian-bahagian kamera seperti pengatup. ISO, lensa, viewfinder dan
lain-lain perlu juga diberi perhatian.
Topik 8- OHP dan Transparensi – Soalan topik ini banyak dikeluarkan
dalam soalan struktur dan juga objektif. . Misalnya soalan akan ditanya
mengenai keystone(kesan herotan). Bagaimana untuk mengatasinya masalah
tersbeut. Begitu juga soalan boleh berbentuk bagaimana hendak menghasilkan
bahan pengajaran dan pembelajaran melalui transperansi.
Topik 9-Audio. Topik ini banyak disoal dalam soalan aneka
pilihan. Misalnya soalan akan ditanya apakan jenis mikrofon yang digunakan
untuk merakam bunyi kicauan burung.
Topik 10-Penerbitan Video Pendidikan. Topik ini sangat popular
dalam EDU3105.Misalnya bagaimana
langkah-langkah untuk menerbitkan video pendidikan. Apakah jenis pergerakan
kamera video yang terlibat semasa proses pengambaran dilakukan.
Topik 11 pula berkaitan dengan pengintegrasian TTMK dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik ini, ia meliputi sub topik seperti
pemprosesan perkataan (words), hamparan elektronik (excel), pengkalan data
(access) dan persembahan elektronik (power point).Soalan juga boleh berbunyi begini.Begitu
juga topik alat pengarangan. Misalnya soalan boleh berbunyi “Apakah
elemen-elemen yang perlu ada semasa pembangunan multimedia menggunakan alat
pengarangan”. Bagaimana perisian
pemprosesan perkataan memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran.
Topik 12- berkaitan dengan kerahsiaan dan keselamatan . Topik ini mjuga perlu diberikan perhatian khususnya dalam soalan esei dan juga struktur.
Apakah tindakan
yang perlu anda diambil?
Baca topik-topik
penting dan dan banyak membuat latihan.
Perbincangan dengan rakan anda amat digalakkan. Jangan sesekali anda membuat
spot soalan. Ini akan membahayakan diri anda. Sebaliknya anda baca semua topik
yang dianggap penting.
Semasa
menjawab
soalan, jawab apa yang ditanya, jangan jawab apa yang anda tahu. Anda
perlu
membahagikan masa yang seimbang. Misalnya 30 minit untuk soalan aneka
pilihan,
manakala 60 minit untuk menjawab soalan struktur danmasa selebihnya
untuk soalan esei.Agihan masa yang seimbang perlu dirancang berdasarkan
maqrkah makssima yang diperuntukan pada setiap soalan oalan aras tinggi
perlu diberikan contoh yang sesuai.
Semuaga anda berjaya
dalam peperiksaan ini.
No comments:
Post a Comment