periksa



Pelajar Program Pensiswazahan  Guru  (PPG) sekelian.
Sudahkan anda bersedia menghadapi peperiksaan EDU3105 pada 20 Mei 2013 (8.15-10.45 pagi )?


EDU3105 adalah kertas yang wajib diambil oleh pelajar PISMP pada semester 4. Selain daripada tugasan kerja kursus, peperiksaan juga merupakan satu penilaian yang akan diambil kira. Peperiksaan EDU3105 akan diadakan pada bulan November 2012. Peperiksaan ini melibatkan 40 peratus markah akhir. Berdasarkan soalan-soalan  yang lepas, format soalan meliputi Bahagian A -Soalan Aneka Pilihan(20 markah), Bahagian B-Soalan Struktur (40 markah) dan Bahagian C-Soalan Esei  (40 markah). Anda diberi masa untuk menjawab selama 2 jam 30 minit. Persoalannya adakah anda sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan tersebut?

Apakah topik-topik yang perlu diberi perhatian?


Anda perlu mengulang kaji semua topik yang terdapat dalam EDU3105. Topik 1 - Konsep teknologi dalam pengajaran. Topik ini banyak ditumpukan dalam soalan aneka pilihan dan soalan struktur.Topik 2-Reka bentuk pengajaran juga banyak dimasukkan dalam soalan aneka pilihan.Topik 3-Media Pengajaran akan ditanya dalam soalan struktur dan juga aneka pilihan.

Topik 4- Model ASSURE dan Model ADDIE. Anda perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada topik ini. Ini disebabkan banyak soalan yang boleh ditanya sama ada  dari aspek kepentingan, langkah-langkah, maksud model berkenaan. Begitu juga mungkin anda diminta membuat perbezaan antara kedua-dua model ASSURE dengan Model ADDIE. Pengaplikasian Model ASSURE juga mungkin boleh disoal. Misalnya bagaimanakan anda dapat mengaplikasikan Model ASSURE dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Soalan juga boleh berbunyi begini” bagaimana anda boleh mengaplikasikan model ADDIE dalam pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran  bagi sesuatu topik yang anda pilih”.Sejauh manakah model ADDIE dapat membantu dalam penghasilan jenis media yang anda pilih? Dalam hal ini anda perlu tahu jenis media yang anda pilih sebelum membincangkan  secara terperinci  berkaitan dengan model ADDIE.Anda seharusnya berhati-hati semasa  memahami  soalan untuk dijawab.


Topik 5-Konsep asas grafik merupakan topik yang  agak popular. Semasa mengulangkaji topik ini, anda dinasihatkan memberikan penekanan kepada prinsip asas grafik. Prinsip CASPER juga perlu difahami secara mendalam. Soalan yang akan ditanya adalah soalan aras tinggi. Anda  bukan setakat menghafal fakta tetapi juga seharusnya tahu bagaimana anda dapat mengaplikasikannya dalam pembinaan grafik sebagai alat bantu mengajar yang dipilih.

Topik 6-Penggunaan  bahan 2D dan 3D. Anda seharusnya telah memahami  fakta-fakta yang di dalamnya. Anda perlu tahu dari segi definisi, boleh memberi contoh setiap  satu. Begitu juga anda boleh membezakan  ciri-ciri yang terdapat  pada bahan 2D dan 3D. Soalan boleh ditanya dari aspek definisi atau maksud  bahan 2D dan 3D. Juga  anda diminta memberikan contoh-contoh bahan 2D dan 3D. Mungkin juga anda akan ditanya  mengenai perbezaan bahan 2D dan 3D. Dalam kontek ini anda seharusnya mengenalpasti ciri-ciri nya dan memberikan contoh yang jelas. Topik ini boleh ditanya dalam soalan aneka pilihan mahupun soalan struktur.

Topik 7-Fotografi. Topik ini merupakan topik yang popular dalam EDU3105. Apa yang penting anda tahu bahagian-bahagian fotografi dan fungsinya. Anda tahu cara untuk mengendalikannya. Begitu anda faham  bagaimana untuk mengambil gambar. Oleh itu anda seharusnya  faham akan teknik pengambaran yang betul.Topik ini amat polular  dalam bentuk soalan struktur mahupun esei.Topik   fungsi bahagian-bahagian kamera seperti pengatup. ISO, lensa, viewfinder dan lain-lain perlu juga diberi perhatian.

Topik 8- OHP dan Transparensi – Soalan topik ini banyak dikeluarkan dalam soalan struktur dan juga objektif. . Misalnya soalan akan ditanya mengenai keystone(kesan herotan). Bagaimana untuk mengatasinya masalah tersbeut. Begitu juga soalan boleh berbentuk bagaimana hendak menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran melalui transperansi.

Topik 9-Audio. Topik ini banyak disoal dalam soalan aneka pilihan. Misalnya soalan akan ditanya apakan jenis mikrofon yang digunakan untuk merakam  bunyi kicauan burung.

Topik 10-Penerbitan Video Pendidikan. Topik ini sangat popular dalam EDU3105.Misalnya  bagaimana langkah-langkah untuk menerbitkan video pendidikan. Apakah jenis pergerakan kamera video yang terlibat semasa proses pengambaran dilakukan.

Topik 11 pula berkaitan dengan pengintegrasian TTMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik ini, ia meliputi sub topik seperti pemprosesan perkataan (words), hamparan elektronik (excel), pengkalan data (access) dan persembahan elektronik (power point).Soalan juga boleh berbunyi begini.Begitu juga topik alat pengarangan. Misalnya soalan boleh berbunyi “Apakah elemen-elemen yang perlu ada semasa pembangunan multimedia menggunakan alat pengarangan”. Bagaimana  perisian pemprosesan perkataan memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran.

Topik 12- berkaitan dengan kerahsiaan dan keselamatan . Topik ini mjuga perlu diberikan perhatian khususnya  dalam soalan esei dan juga struktur.


Apakah tindakan yang perlu anda diambil?

Baca topik-topik penting dan dan  banyak membuat latihan. Perbincangan dengan rakan anda amat digalakkan. Jangan sesekali anda membuat spot soalan. Ini akan membahayakan diri anda. Sebaliknya anda baca semua topik yang dianggap penting.

Semasa menjawab soalan, jawab apa yang ditanya, jangan jawab apa yang anda tahu. Anda perlu membahagikan masa yang seimbang. Misalnya 30 minit untuk soalan aneka pilihan, manakala 60 minit  untuk menjawab soalan struktur danmasa selebihnya untuk soalan esei.Agihan masa yang seimbang perlu dirancang berdasarkan maqrkah makssima yang diperuntukan pada setiap soalan oalan aras tinggi perlu diberikan contoh yang sesuai.
Semuaga anda berjaya dalam peperiksaan ini.