HASIL PEMBELAJARAN
- Menghuraikan peranan ICT dalam bidang pendidikan
- Mengenalpasti pasti kesesuaian perisian untuk kegunaan P&P
- Mengintegrasikan aspek ICT dalam P&P
- Menentukan trenda ICT dalam perkembangan pendidikan.
Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
a. Pemilihan software
b. Menyediakan bahan pembelajaran berasaskan multimedia
c. Penggunaan multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran
d. Internet & Pengunaan Internet
e. Pembelajaran Atas Talian (online)
Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan
a. Hak cipta terpelihara (Copyright)
b. Keselamatan & Kerahsiaan
c. Trenda dalam Media & Teknologi
d. Sekolah & Ruangkerja di masa depan
PERANAN ICT DALAM PEMBELAJARAN
RENUNGAN
- Bagaimanakah mengintegrasikan ICT dalam P&P?
- Bincangkan perkembangan teknologi multimedia di dalam internet dari dahulu sehingga kini ?
keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk itu kita seharus dapat
menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila tidak, dan bagaimana?). Penggunaan ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam proses P&P. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik.
Anjakan dari sistem pendidikan masyarakat industri ke masyarakat maklumat dikatakan berlaku apabila pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi.
- Pelaku Sistem Pendidikan Masyarakat Industri
- Sistem Pendidikan Masyarakat
- Maklumat
- Guru Pencetus pengajaran
- Pengajaran secara keseluruhan kelas
- Menilai pelajar
- Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang rendah
- Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran
- Bimbing pelajar belajar kendiri
- Bantu pelajar menilai progress sendiri
- Meletakkan kemahiran
- komunikasi pada tahap yang tinggi.
- Pelajar Kebanyakkannya pasif
- Belajar kebanyakannya di sekolah
- Sukar dalam kerja berkumpulan
- Ambil soalan dari buku atau guru
- Belajar menjawab soalan
- Minat belajar rendah
- Lebih aktif
- Belajar di sekolah dan di luar
- sekolah
- Lebih kerja berkumpulan
- Bertanya soalan
- Mendapat jawapan untuk menjawab soalan
- Minat yang tinggi.
Persekitaran Pembelajaran kini yang lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Kini
- Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar
- Simulasi satu cara/arah Pelbagai simulasi
- Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan
- Satu media Pelbagai media
- Kerja bersendirian Kerja secara kolaboratif
- Menyalurkan maklumat Bertukar maklumat
- Pembelajaran pasif
- Pembelajaran aktif / penerokaan /
- inkuri-penemuan
- Pembelajaran berasaskan
- pengetahuan dan fakta
- Pemikiran kritikal dan membuat
- keputusan dengan bermaklumat
- Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / merancang
- Konteks terpisah dan tidak benar Konteks dunia nyata dan authentic
- Sumber : International Society for Technology in Education
INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam rutin harian sebagai seorang pendidik. Perkembangan ICT begitu pantas, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik.
RENUNGAN
- Apakah perisian-perisian aplikasi yang sesuai digunakan untuk proses P & P ?
- Terangkan dan huraikan 3 daripada yang dinyatakan?
- Apakah impak pemerosesan perkataan dalam pendidikan dan isu-isu berkait dengan pemerosesan perkataan?
Integrasi teknologi atau ICT dalam P&P tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran ICT tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya .
Sebagai renungan:
“… all the educational technology is worth nothing if teacher don’t
know how to use it effectively. Computer aren’t magic, teachers
are.”
Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi/ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita tidak sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa yang kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat membantu memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.
Semasa menghasilkan media-media anda digalakkan menggunakan perisianperisian mudah yang boleh didapati dari sumber open source atau freeware, semuanya boleh didapati dari internet, kerana ia perisian percuma dan sah digunakan. Antaranya seperti dibawah:
Perisian Kegunaan
- Gimp ; Avtive Pixels ;
- Free Image editor
- Grafik atau image editor
- Paint.Net Editor untuk mengolah foto.
- Audacity Editor untuk merekod dan mengolah audio
- Hotpotato Perisian untuk membina pelbagai latihan dalam
- persekitaran web.
- Photo Flash Maker
- Professional
- Perisian untuk membina slaid foto berasaskan flash dan dapat digunakan dalam laman web.
- PPtFlash Perisian menukar format power point kepada format flash (.swf)
- eXe (dicadangkan untuk digunakan meghasilkan produk P&P multimedia)
- Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran
- web. Anda boleh mengabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.
- Xerte Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran flash. Anda boleh menggabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.
- Blender Perisian untuk menghasilkan animasi 3D
- virtualdub Perisian editor video
- Wax Perisian editor video
FIKIR-FIKIR
- Persembahan Multimedia Interaktif adalah penting untuk
- keberkesanan dalam PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer).
- Apakah perisian alat pengarangan tersebut?
- Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina satu perisian multimedia interaktif bagi satu topik matapelajaran opsyen anda.
ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN
RENUNGAN
- Terangkan apakah maksud Hakcipta Terpelihara. Bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam pendidikan yang berasaskan komputer.?
- Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan yang ada bagi membina bahan P&P tanpa melanggar Akta Hak Cipta?
Hakcipta terpelihara (Copyright) merupakan hak ekslusif yang diberi oleh
undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran
semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu
tempoh. Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak
kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka.
Undang-Undang Hakcipta menyediakan perlindungan monopoli secara sah
kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka, untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran.
Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;
- Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang
- Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses penemuan
- Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.
- Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.
Antara bahan-bahan yang dikawal di bawah undang-undang hakcipta ialah
bahan bercerak seperti novel, puisi, artikel dan sebagainya, muzik atau kesan
audio, pantomin, gambar dan grafik, -audio visual, dan rakaman suara. Tanda
hakcipta mengandungi 3 elemen penting iaitu simbol © atau perkataan
“Copyright” atau “Hakcipta Terpelihara”, tahun pertama penerbitan, dan nama
pemilik hakcipta tersebut
Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian multimedia:
- Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah mempunyai hakcipta
- Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hakcipta yang tepat atau ‘public domain material’
- Membina atau mencipta bahan itu sendiri
- Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal
- Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi pelajar di sekolah?
- Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?
- Pengguna komputer dan internet sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman keselamatan.
Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah;
- Penipuan
- Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer
- Kecurian maklumat
- Menyalin perisian secara tidak sah
- Pengintipan
- Judi Siber
- Skim cepat kaya
- Pornografi
- Pengodam/Hacker
- Penyebar Virus
FIKIR-FIKIR
Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan dalam penggunaan internet seperti emel, chat, newsgroup, buletin, dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang patuh kepada prosedur dan etika penggunaan internet, bagaimanakah cara atau langkah yang perlu diambilkira untuk melindungi kerahsiaan anda supaya segala maklumat anda tidak boleh dicerobohi.
Ingat:
Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam
portfolio anda.
LATIHAN KENDIRI
Anda dikehendaki mengumpul dan mengemukakan sekurang-kurangnya 2 bahan dari sumber yang berbeza bagi setiap topik, yang meliputi topik 1, topik 2 dan topik 3. Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan bantuan satu pengurusan grafik atau nota ringkas untuk menjelaskan perkaitan antara teknologi pengajaran, media pengajaran, reka bentuk pengajaran dalam proses P&P.
(Soalan-soalan yang diberi di dalam panduan pembelajaran ini mungkin dapat membantu anda membuat rumusan di atas.) Sila muatkan hasil kerja dan bahan-bahan yang dikumpulkan di atas ke dalam satu portfolio untuk tujuan perbincangan dengan pensyarah anda.
REFLEKSI KURSUS
Anda perlu membuat refleksi tentang model ASSURE serta menganalisis sejauh manakah model reka bentuk itu berguna dalam proses pemilihan, penggunaan dan penghasilan media pengajaran dalam proses P&P berpandukan kepada pelajaran major masing-masing.