Topik 3 -Prinsip Asas Grafik

Aktiviti 1
Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.
Aktiviti 2
Sila baca nota ringkas berikut " Prinsip Asas Grafik dan Reka Bentuk Grafik ": dan baca pula aspek "Warna ".
Aktiviti 3 Dengan menggunakan persembahan elektronik setiap kumpulan akan melaksanakan dan melakukan persembahan perkara-perkara berikut:
Kumpulan 1 Nyatakan kenapa perlu grafik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Kumpulan 2 Kenapa dalam hidup kita warna memain peranan penting?
Kumpulan 3 Bentuk sesuatu objek sangat memberi kesan kepada murid; kenapa? dan berikan contoh.
Kumpulan 4 Nyatakan bagaimana elemen rekaan seni visual, dapat diterapkan dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran murid.
Kumpulan 5 Kenapa kita perlu mengambil kira prinsip rekaan, dalam penghasilan bahan dan bagaimana ia boleh membantu pembelajaran murid.


Aktiviti 4
Pilih mana-mana media bercetak (bergrafik - misalnya "bulletin board" atau sebagainya), dan dengan menggunakan contoh senari semak ini buat penilaian berdasarkan pengetahuan anda berkaitan dengan prinsip-prinsip asas grafik.
Amali [Untuk aktiviti berikut sila selaraskan dengan "Tugasan Semester" untuk membina atau menghasilkan bahan grafik yang bersesuaian dengan tugasan tersebut].
Aktiviti 5
Pilih mana-mana media grafik (termasuk foto dari kamera digital), lakukan proses imbasan (media cetak), kemudian lakukan proses pengubah suaian dengan menggunakan mana-mana editot grafik yang selesa bagi anda.
Pastikan media grafik tersebut diadunkan dengan pelbagai prinsip grafik.

No comments: