Aktiviti Fotografi

25 Julai 2011 (Isnin)

Batu Pahat: Pengajaran dan pembelajaran amali fotografi telah dilaksanakan di Bilik Bestari 2. Pelajar yang terlibat ialah S4_PISMP-RBT 4. Pengajaran dilaksanakan pada waktu 4 dan waktu 5 iaitu 11.00 hingga pukul 1.00 tengahari. Sesi amali ini dibantu oleh pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan iaitu En. Zelkepli bion Shahrom.

Kehadiran pelajar pada sesi amali ini seramai 20 orang. Seorang tidak dapat hadir disebabkan deman dan mendapat cuti sakit. Sesi kali ini memberi tumpuan kepada shutter(pengatup) , apertur (saiz bukaan lensa), flash (lampu kilat) dan juga jenis kamera. Pelajar didedahkan secara amali di bilik bestari 2. Pelbagai jenis kamera dan cara penggunaannya juga dibincangkan dalam amali ini. Pelajar secara individu dan juiga kumpulan mencuba menggunakan kamera menggunakan pelbagai jenis apertur dan kesan terhadap imej yang dihasilkan. Pelajar juga mencuba menggunakan shutter yang berbeza samasa mengambil gambar.

Seterusnya pelajar dibahagian kepada beberapa kumpulan. Pelajar mengambil gambar di kawasan persekitaran IPG Kampus Tun Hussein Onn. Pelajar mengambil gambar menggunakan pelbagai teknik seperti close up, teknik jarak dekat, teknik jarak jauh dan juga teknik jaran sederhana.

Kumpulan pelajar menghasilkan gambar yang diambil menggunakan kamera SLR. Gambar yang diambil amat menarik dan memberi tefsiran seribu makna. Pelajar jugha digalakkan mencuba menggunakan kamera SLR untuk mengambil hgambar dari pelbagai sudut.

Sesi amalio untuk kelas S4-PISMP RBT 4 varakhir pada pukul 1.00 tengahari . Sesi amali ditamatkan dengan tayangan hasilan foto oleh pelajar-pelajar. Didapati pelajar telah dapat menghasilkan gambar yang mengkagumklan.









Seorang pelajar sedang membelek album









Khusuk mendengar penerangan tentang fotografi








En Zelkepli Shahrom sedang memberikan peneranga pengguanan shutter dan flash

Soalan Kerja Kursus

EDU3105: TUGASAN PROJEK/KKP

TUGASAN PROJEK /KERJA KURSUS PENDEK
TAJUK PROGRAM : PISMP




NAMA GURU PELATIH :........................................................................
TAJUK KURSUS : EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
SEMESTER
: (Jun – Nov. 2011)
TARIKH MULA
25/07/2011 TARIKH HANTAR: 24/08/2011


Hasil Pembelajaran Kursus

i. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan Teknologi Pendidikan.
ii. Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan.
iii. Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran.
iv. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
v. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
vi. Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran.
vii. Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab.

Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek

i. Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi
pendidikan, pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media
pengajaran.
ii. Aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran.
iii. Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan media dan sumber pendidikan.


Tugasan Kerja Kursus Pendek ( 60% )

Dalam perkembangan teknologi yang terus berkembang guru harus peka terhadappenggunaanbahan bantu yang menyeluruh untuk memantapkan lagi keberkesananpengajarandan pembelajaran di sekolah rendah. Apa yang telah dipelajari seperti persembahan elektronikyang telah digabungjalin dengan kemahiran teknologi pengajaran dan pembelajaran akan dapatdi amalkan disekolah nanti.Antara tugasanm utama guru pelatih ialah;
i. Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang didalamnya dimuatkan
persembahan elektronik selama 15 – 20 minit.
ii. Di dalam persembahan elektronik, dimuatkan foto pegun, video klip dan audio.
iii. Pelajar membuat persembahan kepada kelas.


Sub-Tugasan;
1. Mencari bahan-bahan nota ringkas kuliah dan artikel daripada jurnal atau web-site
2. Membentangkan bahan-bahan mengikut topik dalam ISL.
3. Bahan-bahan hasil kerja amali yang telah dijalankan.
4. Mengemaskinikan struktur portfolio dan membuat refleksi individu.


Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh berbincang secara kolaboratif untuk mencari bahan-bahan.
3. Melaksanakan kerja-kerja amali secara kumpulan seperti yang diarahkan.
4. Menyediakan bahan persembahan mengikut RPH yang dibuat dan akan
dipersembahkan dalam bilik kuliah.
5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Bahan lampiran

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan
7. Panjang tugasan mengikut kesesuaian termasuk persembahan elektronik untuk
pengajaran selama 15-20 minit.
8. Pemberatan markah tugasan ini ialah 60%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Bahan kandungan dalam portfolio mengikut struktur.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut;
i. Konsep dan prinsip teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
ii. Persembahan mengikut RPH yang boleh mempengaruhi perkembangan kanakkanak
dalam bilik darjah.
iii. Implikasi pengajaran yang berkesan dalam persembahan.
iv. Mengikut kriteria yang dikehendaki.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong bahan yang diperolehi.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan ada menunjukkan keaslian hasil yang diperolehi dan
sokongan ilmiah.
5. Mempunyai penjelasan yang kukuh dalam format dan organisasi.
6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dan
pertuturan dalam penyampaian persembahan dan maklumat secara analitikal.


Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.




Tugasan disediakan oleh


................................................................
(PENYELARAS MATA PELAJARAN EDU3105)



Disahkan oleh



.................................................................
(KETUA JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN)
Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
Jabatan Teknologi Pendidikan


Tarikh: 25 JULAI 2011