Pengintegrasian TMK

TAJUK 8 Integrasi ICT Dalam P&P (10 jam + 10 jam)

HASIL PEMBELAJARAN
  1. Menghuraikan peranan ICT dalam bidang pendidikan
  2. Mengenalpasti pasti kesesuaian perisian untuk kegunaan P&P
  3. Mengintegrasikan aspek ICT dalam P&P
  4. Menentukan trenda ICT dalam perkembangan pendidikan.
Sub-tajuk

Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
a. Pemilihan software
b. Menyediakan bahan pembelajaran berasaskan multimedia
c. Penggunaan multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran
d. Internet & Pengunaan Internet
e. Pembelajaran Atas Talian (online)

Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan
a. Hak cipta terpelihara (Copyright)
b. Keselamatan & Kerahsiaan
c. Trenda dalam Media & Teknologi
d. Sekolah & Ruangkerja di masa depan

PERANAN ICT DALAM PEMBELAJARAN


RENUNGAN


  1. Bagaimanakah mengintegrasikan ICT dalam P&P?
  2. Bincangkan perkembangan teknologi multimedia di dalam internet dari dahulu sehingga kini ?
Penggunaan teknologi atau ICT dalam P&P, bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk itu kita seharus dapat
menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila tidak, dan bagaimana?). Penggunaan ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam proses P&P. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Anjakan dari sistem pendidikan masyarakat industri ke masyarakat maklumat dikatakan berlaku apabila pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi.

  • Pelaku Sistem Pendidikan Masyarakat Industri
  • Sistem Pendidikan Masyarakat
  • Maklumat
  • Guru Pencetus pengajaran
  • Pengajaran secara keseluruhan kelas
  • Menilai pelajar
  • Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang rendah
  • Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran
  • Bimbing pelajar belajar kendiri
  • Bantu pelajar menilai progress sendiri
  • Meletakkan kemahiran
  • komunikasi pada tahap yang tinggi.
  • Pelajar Kebanyakkannya pasif
  • Belajar kebanyakannya di sekolah
  • Sukar dalam kerja berkumpulan
  • Ambil soalan dari buku atau guru
  • Belajar menjawab soalan
  • Minat belajar rendah
  • Lebih aktif
  • Belajar di sekolah dan di luar
  • sekolah
  • Lebih kerja berkumpulan
  • Bertanya soalan
  • Mendapat jawapan untuk menjawab soalan
  • Minat yang tinggi.

Persekitaran Pembelajaran kini yang lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Kini
  • Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar
  • Simulasi satu cara/arah Pelbagai simulasi
  • Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan
  • Satu media Pelbagai media
  • Kerja bersendirian Kerja secara kolaboratif
  • Menyalurkan maklumat Bertukar maklumat
  • Pembelajaran pasif
  • Pembelajaran aktif / penerokaan /
  • inkuri-penemuan
  • Pembelajaran berasaskan
  • pengetahuan dan fakta
  • Pemikiran kritikal dan membuat
  • keputusan dengan bermaklumat
  • Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / merancang
  • Konteks terpisah dan tidak benar Konteks dunia nyata dan authentic
  • Sumber : International Society for Technology in Education


INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam rutin harian sebagai seorang pendidik. Perkembangan ICT begitu pantas, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik.

RENUNGAN

  1. Apakah perisian-perisian aplikasi yang sesuai digunakan untuk proses P & P ?
  2. Terangkan dan huraikan 3 daripada yang dinyatakan?
  3. Apakah impak pemerosesan perkataan dalam pendidikan dan isu-isu berkait dengan pemerosesan perkataan?

Integrasi teknologi atau ICT dalam P&P tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran ICT tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya .

Sebagai renungan:
… all the educational technology is worth nothing if teacher don’t
know how to use it effectively. Computer aren’t magic, teachers
are.”
Graig Barrett. CEO, Intel Corporation.

Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi/ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita tidak sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa yang kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat membantu memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

Semasa menghasilkan media-media anda digalakkan menggunakan perisianperisian mudah yang boleh didapati dari sumber open source atau freeware, semuanya boleh didapati dari internet, kerana ia perisian percuma dan sah digunakan. Antaranya seperti dibawah:

Perisian Kegunaan
  • Gimp ; Avtive Pixels ;
  • Free Image editor
  • Grafik atau image editor
  • Paint.Net Editor untuk mengolah foto.
  • Audacity Editor untuk merekod dan mengolah audio
  • Hotpotato Perisian untuk membina pelbagai latihan dalam
  • persekitaran web.
  • Photo Flash Maker
  • Professional
  • Perisian untuk membina slaid foto berasaskan flash dan dapat digunakan dalam laman web.
  • PPtFlash Perisian menukar format power point kepada format flash (.swf)
  • eXe (dicadangkan untuk digunakan meghasilkan produk P&P multimedia)
  • Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran
  • web. Anda boleh mengabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.
  • Xerte Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran flash. Anda boleh menggabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.
  • Blender Perisian untuk menghasilkan animasi 3D
  • virtualdub Perisian editor video
  • Wax Perisian editor video


FIKIR-FIKIR

  1. Persembahan Multimedia Interaktif adalah penting untuk
  2. keberkesanan dalam PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer).
  3. Apakah perisian alat pengarangan tersebut?
  4. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina satu perisian multimedia interaktif bagi satu topik matapelajaran opsyen anda.

ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN
RENUNGAN

  1. Terangkan apakah maksud Hakcipta Terpelihara. Bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam pendidikan yang berasaskan komputer.?
  2. Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan yang ada bagi membina bahan P&P tanpa melanggar Akta Hak Cipta?

Hakcipta terpelihara (Copyright) merupakan hak ekslusif yang diberi oleh
undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran
semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu
tempoh. Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak
kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka.

Undang-Undang Hakcipta menyediakan perlindungan monopoli secara sah
kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka, untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran.

Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;
  1. Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang
  2. Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses penemuan
  3. Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.
  4. Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.

Antara bahan-bahan yang dikawal di bawah undang-undang hakcipta ialah
bahan bercerak seperti novel, puisi, artikel dan sebagainya, muzik atau kesan
audio, pantomin, gambar dan grafik, -audio visual, dan rakaman suara. Tanda
hakcipta mengandungi 3 elemen penting iaitu simbol © atau perkataan
Copyright” atau “Hakcipta Terpelihara”, tahun pertama penerbitan, dan nama
pemilik hakcipta tersebut

Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian multimedia:
  1. Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah mempunyai hakcipta
  2. Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hakcipta yang tepat atau ‘public domain material’
  3. Membina atau mencipta bahan itu sendiri
  4. Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal
  5. Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi pelajar di sekolah?
  6. Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?
  7. Pengguna komputer dan internet sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman keselamatan.

Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah;
  • Penipuan
  • Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer
  • Kecurian maklumat
  • Menyalin perisian secara tidak sah
  • Pengintipan
  • Judi Siber
  • Skim cepat kaya
  • Pornografi
  • Pengodam/Hacker
  • Penyebar Virus

FIKIR-FIKIR

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan dalam penggunaan internet seperti emel, chat, newsgroup, buletin, dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang patuh kepada prosedur dan etika penggunaan internet, bagaimanakah cara atau langkah yang perlu diambilkira untuk melindungi kerahsiaan anda supaya segala maklumat anda tidak boleh dicerobohi.

Ingat:
Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam
portfolio anda.


LATIHAN KENDIRI


Anda dikehendaki mengumpul dan mengemukakan sekurang-kurangnya 2 bahan dari sumber yang berbeza bagi setiap topik, yang meliputi topik 1, topik 2 dan topik 3. Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan bantuan satu pengurusan grafik atau nota ringkas untuk menjelaskan perkaitan antara teknologi pengajaran, media pengajaran, reka bentuk pengajaran dalam proses P&P.

(Soalan-soalan yang diberi di dalam panduan pembelajaran ini mungkin dapat membantu anda membuat rumusan di atas.) Sila muatkan hasil kerja dan bahan-bahan yang dikumpulkan di atas ke dalam satu portfolio untuk tujuan perbincangan dengan pensyarah anda.


REFLEKSI KURSUS

Anda perlu membuat refleksi tentang model ASSURE serta menganalisis sejauh manakah model reka bentuk itu berguna dalam proses pemilihan, penggunaan dan penghasilan media pengajaran dalam proses P&P berpandukan kepada pelajaran major masing-masing.

Penggunaan Video

Penerbitan Video PendidikanModul Penyuntingan Audio Vidwo

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan jenis-jenis kamera video, bahagian-bahagian serta fungsi komponen kamera videa. Jenis-jenis syot yang terlibat dalam penerbitan video juga akan diojelaskan. Demi menghasilkan video yang menarik, beberapa teknik pergerakan kamera akan diperkenalkan. Anda juga akan diterngkan seluruh proses penerbitan video. Ini akan diikuti penggunaan video klip tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya anda akan buat penilaian terhadap penggunaan klip video tersebut.

Hasil Pembelajaran

  1. Mengenalpasti jenis-jenis kamera.
  2. Mengenalpasti komponen-komponen kamera video.
  3. Membezakan jenis-jenis syot yang berlainan.
  4. Mengaplikasikan jenis-jenis pergerakan kamera video yang berlainan.
  5. Merancang dan melaksanakan rakaman video.
  6. Menyunting video.
  7. Menggunakan media video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan

Video memainkan peranan yang penting dalam meransangkan pengajaran dan pembelajaran. Media yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya.

Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan , penghasilan dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Perisian-perisian berkaitan dengan video juga diterangkan.

Kepentingan Video Dalam Pengajaran

Apakah video?
Adakah video penting dalam pengajaran dan pembelajaran?
Bagaimana video dihasilkan?

Video merupakah salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.

Dalam proses pengajarnan dan pembelajaran , video mempunyai beberapa keistimewaan.

  • Keupayaan menunjukkan imej yang bergerak seperti merakan seekor haiwan binatang sedang berlari.
  • Media dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan . Contoh pergerakan haiwan binatang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
  • Video berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.
video
  • Video berupaya merakam mesej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Contohnya pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton.
Jenis-Jenis Kamera Video

Secara amnya kamera video boleh dibahagikan kepada dua iaitu
  1. Kamera video analog
  2. Kamera video digital

Kamera Video Analog

Kamera video analog merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Cara penyimpanan video hasilan jenis ini adalah dalam bentuk kaset video yang terdapat dalam pelbagai bentuk seperti format VHS, VHS-C, Hi * dan U-matic. Video jenis analog ini hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya,

Kamera Video Digital

Kamera jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk ditital.Biasanya kamera video digital ini menggunakan kaset video yang berada dalam dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video jenis ini boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel Fire Wire. Penyunting video yang dihasilkan boleh dibuat dengan menggunakan suntingan yang sesuai.


video

Bahagian-bahagian yang terdapat dalam sebuah kamera video

Lensa: membawa cahaya kepada sensor dan juga untuk memberi fokus kepada imej.

Butang Zoom: Butang yang diguna untuk merakam imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.

Butang white balance: butang untuk mengawal keseimbangan warna imej.

Gelang Fokus: diguna untuk melakukan fokus secara manual.

Sensor Dedahan (Esposure) : Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai dengan intensiti cahaya yang diberlukan.

Shutter : menentukan cahaya yang masuk ke kamera video.

Alat Rakam Suara: Mikrofon dan sistem suara yang dibina untuk merakam bunyi.


Jenis-Jenis Syot


Terdapat pelbagai jenis syot yang boleh diadakan semasa merakam video. Jenis-jenis syot yang berlainan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh BCU (Big Close Up) memaparkan objek secara mikro, CU (Close Up) memaparkan objek secara dekat, MS (Mid shot) memaparkan sebahagian daripada objek, LS (Long shot) memaparkan keseluruhan objek dan VLS (Very Long Shot) memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.

Untuk mendapatkan syot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom yang terdapat pada kamera ataupun melalui pergerakan kamera video.

Beberapa jenis syot yang biasa terlibat dalam video adalah seperti berikut:

Big Close; memaparkan objek secara mikro
Close Up; memaparkan objek secara dekat.
Medium shot: Memaparkan kedua0dua sebjek dan latar belakang.
Waist shot: memaparkan objek setakat pinggang.
Long Shot: Memaparkan keseluruhan objek.
Very Long Shot: memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.
Over the shoulder ahot: memaparkan subjek dari belakang bahu orang lain.



video

Pegerakan Kamera Video

Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video. Jenis-jenis pergerakan kamera video boleh disimpulkan seperti berikut:

Panning (Panning right/Panning left): Pergerakan kamera video ke kiri atau ke kanan.
Tilting ( Tilt Up/Tilt Down): Pergerakan kamera ke atas atau ke bawah.
Dolly (Dollt In/Dolly Out) : Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kiamera yang dipasang pada tripot ditolak (dolly in). Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera yang dipasang pada tripot diundur (dolly out)
Trucking: Sama dengan dolly atau tracking.

Alat Penghasilan Video

Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan pita video format VHS. Pita video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital. Sedangkan kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera nkeras pada komputer melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan perisian tertentu.

Perisian Untuk Penghasilan Video

Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dan yang mudah seperti Windows Movie Maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead Media Studio, Ulead Video Studio , Penicles, Edius,Let's Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaan masing-masing terutama untuk menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.

Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada video-CD (fail format.dat) atau DVD (fail format. vob) melalui perisian seperti VCD Cutter atau Chopper VP dan disimpan semula dalam format .mpeg (mpeg1) atau .wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti Any File Converter, Total Video Converter atau seumpamanya dengannya.


Bahan audio dan video boleh juga dimuatturun daripada pelbagai sumber laman web tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walaubagaimanapun penggunaanya tertakluk kepada tyerma dan syarat dalam panduan penggunaan bahan Hak Cipta ISila rujuk Fair use guidelines for educational multimedia- www.libraries,psu.edu/mtss/fairuse/guidline.doc.html)

Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows Movie Maker, DVD Movie Maker (terdapat pada Windows Vista0, Ulead Movie Factory, Roxio Creater DE, Nero Burner atau mana-mana perisian yang seumpamanya dengannya.

Perlu dingat penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam jangka masa yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran.

Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

  1. Menetapkan tujuan dan objektif.
  2. Menjalankan penyelidikan.
  3. Memilih bahan (fakta) yang sesuai.
  4. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai.
  5. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board).
  6. Membuat persediaan untuk penggambaran.
  7. Menyedia bahan dan peralatan.
  8. Memulakan penggambaran.
  9. Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip.
  10. Membuat rakaman audio.
  11. Menyunting dan mengadun audio dan video.
  12. Membuat preview hasil rakaman.
  13. Mengubahsuai/menyunting.
  14. Menukar dormat yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage).
  15. Menggunakan dalam pengajaran.
  16. Memberi maklum balas dan membuat penilaian.
Tugasan

Video berupaya membawa masuk ke dalam bilik darjah peristiwa sebenar yang berlaku di luar bilik darjah. Berdasarkan satu tajuk pengajaran sediakansatu klip video bagi tujuan tersebut. Gunakan video itu dalam pengajaran anda untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Panduan Menghasilkan Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Peringkat Analisis

Sebelum anda menyediakan audio, antara yang oerlu dilakukan ialah perkara-perkara berikut:

Analisis Pelajar
  1. Apakah latar belakang pelajar?
  2. Apakah tahap engetahuan pelajar tentang topik yang akan diajar?
  3. Apakah gaya pembelajaran pelajar?

Analisis Kandungan
  1. Apakah skop pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran?
  2. Apakah objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran?
  3. Apakah teknik dan kaedah pengajaran yang akan digunakan?

Peringkat Rekabentuk

Rekabentuk Bahan
  • Video yang disediakan mestilah mengikuti skrip yang disediakan.
  • Tempuh masa video ialah antara 10 hingga 15 minit.
  • Pastikan gambar dan suara dalam video adalah jelas.

Rekabentuk Pedagogi
  • Pastikan video yang disediakan dapat memberangsangkan pelajar.
  • Aktiviti yang dicadangkan untuk menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah seimbang dengan masa yang digunakan untuk menyediakan bahan media tersebut.

Peringkat Pembangunan

  1. Kenalpasti tajuk pengajaran yang sesuai diintegrasikan video.
  2. Kenalpasti matlamat video yang akan disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  3. Sediakan skrip berkenaan.
  4. Anda boleh menggunakan klip video yang sedia ada ataupun merakam video itu sendiri.
  5. Sekiranya menggunakan video yang sedia ada, anda perlu menyuntingnya supaya sesuai dengan tujuanpengajaran anda.
  6. Untuk video yang dirakam sendiri, anda juga perlu edit sekiranya perlu.
  7. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah perancangan penerbitan bahan video untuk pengajaran.

Peringkat Pelaksanaan

Cadangkan bagaimana video yang disediakan tersebut akan digunakan dalam peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran tertentu.
Laksanakan cadangan anda dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat Penilaian

Cuba buat penilaian terhadap penggunaan video yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan soalan-soalan berikut?

  1. Adakah bahan video yang disediakan benar-benar memberi impak terhadap proses pembelajaran?
  2. Adakah masa yang digunakan untuk menyediakan video tersebut sesuai dengan masa yang digunakan?
  3. Apakag aspek bahan audio yang dihasilkan tersebut perlu diperbaiki/
  4. Apakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sesuai untuk mengintegrasikan audio yang dihasilkan?

Refleksi

  1. Apakah model Rekabentuk pengajaran yang telah digunapakai dalam proses menghabiskan tugasan anda?
  2. Terangkan proses penghasilan media audio tersebut secara ringkas .
  3. Adakah anda menghadapi masalah semasa menyempurnakan tugasan terssbut?
  4. Apakah tindakan yang anda boleh ambil pada masa depan supaya masalah tersebut tidak wujud?
Bacaan Tambahan

Modul Penyuntingan Audio Video

Bahan Audio

TAJUK 6 Penggunaan Bahan Audio (2 jam + 4 jam)

Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan audio untuk perancangan, penghasilan dan penggunaan audio sebagai media dalam pengajaran dan



HASIL PEMBELAJARAN
(1) Menjelaskan bagaimana audio boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(2) Mengetahui kelebihan penggunaan audio dalam bidang pendidikan.
(3) Mengfhuraikan bagaimana audio boleh dimanfaatkan dalam sistem pembelajaran elektrionik.
(4) Menjelaskan kepentingan penggunaan audio dalam sesebuah aplikasi multimedia pendidikan.
(5) Merancang dan melaksanakan rakaman audio.
(6) Menggunakan media audio dalam P&P.

Sub-tajuk:
  1. Penggunaan peralatan audio
  2. Perancangan dan penyediaan rakaman
  3. Rakaman
  4. Suntingan
  5. Audio digital
Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkatr awalnya ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutama bagi mengajar seseorang cara sebuutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jug bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden< audio semakin penting sebagai satu elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran>


Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan


Terdapat pelbagai cara bagaimana audio boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah:
  1. Menyediakan peluang pelajar berehat sementara dari membaca.
  2. Mempersembahkan idea atau maklumat kepada pengguna yang tidak suka atau tidak tahui membaca.
  3. Memanfaatkan masa pengguna dengan sebaiknya kerana membolehkan mereka melaksanakan pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak.
  4. Memudahkan proses menyampaikan maklumat apabila penggunaan bahan bercetak mungkin sukar menyampaikan apa yang dikehendaki .
  5. Memberi lebih kesan semulajadi atau sentuhan kemanusiaan dalam proses pembelajaran.
  6. Untuk mendapat dan megekalkan perhatian pelajar.
  7. Menyediakan elemen motivasi kepada pelajarn.

Kelebihan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran menerusi penggunaan bahan audio. Di antaranya aialh
  1. Sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang mahir membaca.
  2. Bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses penyuntingan.
  3. Peralatan yang diperlukan adalah kecil dan mudah alih.
  4. Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.
  5. Mudah dipadam dan digunakan semula.
  6. Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat disampaikan mengikut kadar masa tertentu.
  7. Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Kelemahan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Di samping pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi audio, ianya juga mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya
  1. Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat pada pita audio.
  2. Gangguan daripada bunyi luar yang akan menganggu minat pelajar semasa proses pengajkaran.
  3. Sekiranya pita aidio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa. kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah.
  4. Kurangnya unsur interaktiviti di antara pengguna dan mesin.




RENUNGAN
  1. Terangkan perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk memainkan bahan rakaman audio.
  2. Bagaimanakah rakaman audio dapat dihasilkan dan huraikan format fail yang kerapkali digunakan.

Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang pada rakaman tersebut. Rakaman audio boleh disimpan dalam pelbagai format seperti kaset, cakera padat atau dalam bentuk klip audio digital (digital audio clip). Ia dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (cassette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD player) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player). Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.


Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah. Manakala perisian komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6, mampu mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
Perisian Audio recorder daripada komponen sistem windows Rakaman dan penyuntingan audio boleh dilakukan melalui perisian Audacity
  1. Apakah langkah-langkah perancangan yang perlu dilakukan dalam proses penyediaan media audio untuk tujuan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran?
  2. Pada pandangan anda apakah kebaikan media audio dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Perancangan dan penyediaan rakaman.
  1. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran
  2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar yang sesuai.
  3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang akan dimainkan nanti
  4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan format penghasilan audio
  5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah
  6. Membuat rakaman dan penyuntingan
  7. Ujilari hasil rakaman
  8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal
  9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio, kaset atau fail klip audio
  10. Penggunaan bahan audio
  11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna


FIKIR-FIKIR
  1. Bina satu skrip yang sesuai untuk dibuat rakaman. Kemudian buat rakaman serta penyuntingan dengan menggunakan perkakasan dan peralatan atau komputer yang sesuai.
  2. Bincangkan bagaimana cara atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghasilkan satu rakaman audio untuk dipersembahkan dalam satu atau pengajaran.

Ingat:

Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda.

Asas Grafik






TAJUK 5 Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)

  1. Tajuk ini mengandungi prinsip-prinsip visual bagi penghasilan media pengajaran.
  2. Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual memandangkan kebanyakan media mengandungi atribut visual.
  3. Prinsip-prinsip di atas diaplikasikan melalui penghasilan bahan-bahan media unjuran dan bukan unjuran.


HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran.
2. Menyatakan peranan visual dalam pengajaran
3. Menyatakan prinsip reka bentuk visual.
4. Menyenarai dan menjelaskan komposisi visual yang menggabungkan elemen dan prinsip visual dengan baik.

Sub-tajuk:
  1. Rekabentuk Visual
  2. Peranan Visual Dalam Pengajaran
  3. Prinsip Asas Rekabentuk Visual
  4. Asas Grafik
  5. Grafik digital
  6. Asas Fotografi
  7. OHP

REKABENTUK VISUAL

RENUNGAN

  • Berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi yang terdapat di sekeliling anda?
  • Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi?
  • Kenapa grafik perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebihbaik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utamavisual adalah untuk komunikasi dalam pengajaran. Justeru,peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting.Namun,sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dankesesuaian teknik digunakan.


PERANAN VISUAL DALAM PENGAJARAN

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonikumpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visualmemotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian danmenghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yangsukar difahami. Visual juga dapat menggambarkan perkaitanantara unsur-unsurberlainan.

  1. Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkanpencapaian
  2. Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit
  3. Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar
  4. Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
  5. Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur
  6. Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visualseperti tutur atau perkataan
  7. Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (pelajar)
  8. Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)
  9. Mudah untuk interpretasi mesej
  10. Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar
  11. Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting


Tipografi adalah olahan visual teks untuk menjelaskan jadual, carta, peta, gambar rajah atau ilustrasi. Tipografi melibatkan pemilihan jenis huruf/fon, reka letak dan penempatan teks di atas skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks lain dan penggunaan petanda atau ‘signal’ seperti tajuk, prakata, rumusan, dan lain-lain lagi

Untuk menyediakan visual yang baik dalam media, guru harus pertimbangkan tiga elemen reka bentuk visual berikut:
  • Elemen Visual (Pilih jenis visual)
  • Elemen Verbal (Pilih jenis huruf)
  • Elemen yang menarik perhatian (Kejutan, tektur, interaksi)


PRINSIP ASAS REKABENTUK VISUAL

Prinsip Asas Rekabentuk Visual dibahagikan kepada tiga kumpulan
Visual : memilih dan mengendalikan elemen visual
Corak: memilih corak untuk memapar elemen
Susunan : menyusun elemen membentuk corak

Elemen Reka Bentuk Visual
  • Elemen Visual Elemen Lisan Elemen Tarikan
  • Realistik Stail Huruf
  • Bilangan
  • Luar Biasa
  • Permukaan
  • Warna Interaksi
  • Saiz
  • Jarak
  • Analogi
  • Organisasi

ATRIBUT VISUAL
  • Atribut Visual
  • Visual Unjuran Visual Bukan Unjuran
  • Tranparensi
  • Video
  • Objek sebenar
  • Model
  • Bahan Bercetak
  • Kerja Lapangan
  • Papan Paparan


KONSEP DAN FUNGSI VISUAL

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik dan video adalah visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.

Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri daripada dua kategori visual iaitu:

konsep tersebut. Sebagai contoh, sebuah grafik ialah ruang, garisan, permukaan, bentuk 2 dimensi dan bentuk 3 dimensi.


RENUNGAN

  1. Kenapa dalam kehidupan kita warna memain peranan yang penting? Kenapa bentuk sesuatu objek kadangkala memberi pelajar?
  2. Berikan SATU contoh bagaimana prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

Prinsip ini tidak
isiti;
• Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesua simbol yang dianggap dapat mewakili kon kartun dilukis bagi mewakili peristiwa sel darah putih menyerang bakteria. Di sin
karektor kartun dilukis menyamai konsep asal.
• Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya.


Lima elemen

ASAS GRAFIK


kesan kepada
bentuk objek boleh memberi kesan dalam satu proses P&P.harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual yang baik. Enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu:

• simpl
• dominan;
• pola;
• seimbang;
• variasi; dan

Kenapa kita perlu mengambil kira prinsip rekaan, dalam penghasilan bahan dan bagaimana ia boleh membantu pembelajaran murid. insip visual berperanan anda. Kaji prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia sebagai seorang ‘graphic designer’, anda diminta

• harmoni.
Visual memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Huraikan ciriciri
yang boleh menghidupkan komunikasi. Pr menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan. Huraikan tiga unsur penting dalam prinsip tersebut.
 Nyatakan bagaimana elemen rekaan seni visual, dapat diterapkan dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran murid.

FIKIR  -FIKIR
Pilih beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan

digunakan. Se
menghasilkan satu lakaran grafik yang menerapkan prinsip grafik dan elemen grafik. Bincangkan dan huraikan apakah prinsip grafik dan elemen grafik yang terdapat dalam gambar tersebut.

ASAS FOTOGRAFI

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untukmeletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masukke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentukimej.



FIKIR-FIKIR
Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajarandan pembelajaran?
Berdasarkan topik sesuatu matapelajaran, hasilkan sekurang-kurang 5 keping cetakan fotografi dengan menggunakan beberapa teknik-teknik pengambaran. Lekatkan gambar-gambar yang diambil pada kertas A4, dan terangkan apakah teknik-teknik pengambilan foto yang telah digunakan ketika mengambil gambar tersebut.

Anda ialah seorang jurufoto bertauliah yang bekerja di sebuah institut pengajian tinggi. Anda diminta memberi satu taklimat tentang Kamera SLR (single lens reflex), Kamera TLR (twin lens reflex) dan Kamera Digital. Maklumat anda juga perlu menekankan aspek pemilihan filem dan pemahaman tentang bacaan shutter speed.

PENGGUNAAN BAHAN TRANSPARENSI (LUTSINAR)

Subtajuk:
Prinsip Penghasilan Transparensi
Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
• Pengendalian OHP
• Jenis-jenis transparensi
• Teknik penyediaan dan persembahan transparensi


RENUNGAN

Jelaskan bagaimana untuk menghasilkan transparensi dan cara penggunaannya bagi membantu proses P&P menjadi lebih berkesan. Keperluan perkakasan yang diperlukan ialah Projektor Over Head/Projektor lutsinar (OHP)


Teknik Penghasilan Transparensi
a. Tulis Terus
b. Bertingkap
c. Berjalur
d. Bertindih
e. Pusingan

Jenis-Jenis Lutsinar
a. Tulis Terus (write-on)
b. Thermal (infra-merah)
c. Fotokopi
d. Ink-jet Film


FIKIR-FIKIR
  1. Kenapa tranparensi masih menjadi pilihan guru dalam pengajaran walaupun terdapat pelbagai pilihan teknologi yang lain?
  2. Bincangkan juga kekangan atau had penggunaan OHP.

LATIHAN

  1. Apakah yang dimaksudkan grafik?
  2. Anda bercadang untuk menghasilkan bahan grafik untuk mengajar tema 'Pencemaran Alam Sekitar". Dengan menggunakan lukisan lakaran grafik, jelaskan dua asas reka letak visual yang anda rancangkan untuk bahan tersebut.
  3. Pernahkan anda melibat persembahan grafik yang menarik? Pada pendapat anda, apakah yang anda mengatakan bahan persembahan itu menarik?

Soalan aneka pilihan

1. padanan-padanan berikut merupakan sifat utama elemen asas reka grafik kecuali
A. titik tidak berukuran dan tidak berarah
B. garisan berukuran panjang, lebar dan tinggi
C. ruang kawasan kosong sekeliling sesuatu objek
D. bentuk keluasan, ketinggian, dan jisim yang lebih daripada satu permukaan

Fahami maksud sajak berikut


Dalam suasana yang dingin
Kulihat pohon-pohon melambai-lembut
Deruan angin sepoi-sepoi bahasa
Menyapa rinduku padamu

2. Sekiranya anda diminta untuk menterjemahkan maksud sajak tersebut kepada satu bahan grafik, apakah antara warna yang paling tepat mengungkapkan maksud sajak tersebut?
A. Kuning dan jingga
B. Merah dan putih
C. Putih dan hitam
D. Biru dan hijau

TUGASAN
Sila klik di sini TUGASAN GRAFIK


Ingat:
Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam
portfolio anda.

Bacaan Tambahan
Prinsip Asas Grafik

Konsep Teknologi





TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam)

Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi
pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi
pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga
membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas.

HASIL PEMBELAJARAN

  1. Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran.
  2. Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran.
  3. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran.
  4. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran.
Subtajuk :
  • Teknologi pengajaran
  • Peranan Teori Pembelajaran
  • Domain Teknologi Pengajaran
  • Peranan dan kepentingan Teknologi Pengajaran dalam P&P
TEKNOLOGI PENGAJARAN


RENUNGAN
  1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.
  2. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?
Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”


Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.

Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya.

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.


FIKIR-FIKIR
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran ?
  2. Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
  3. Apakah pengajaran?
  4. Apakah pembelajaran?


PERANAN TEORI PEMBELAJARAN

RENUNGAN
  1. Apakah teori pembelajaran?
  2. Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku?
Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai.

Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme.

FIKIR-FIKIR
Bagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi pengajaran?



DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN


RENUNGAN
  1. Apakah domain teknologi pengajaran?
  2. Apakah peranan domain teknologi pengajaran?
Domain Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud pengunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan.


Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan yang merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian , seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelas nya teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pembelajaran yang berkesan.

FIKIR-FIKIR

Berdasarkan analisis teknologi pengajaran, AECT, senaraikan lima domain teknologi pengajaran. Huraikan maksud dan seterusnya terangkan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran tersebut.


PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM P&P

RENUNGAN

  1. Apakah peranan teknologi pengajaran terhadap pembelajaran?
  2. Bagaimana teknologi pengajaran memberi kesan terhadap pembelajaran?

Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.

Antara peranan teknologi pengajaran ialah:
(a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan
(b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran
(c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran


FIKIR-FIKIR
  1. Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan anda.
  2. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini?
  3. Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan.

Ingat:

Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda.


LATIHAN


Nyatakan secara ringkas definisi konsep-konsep berikut:

a. Teknologi
b. Pengajaran
c. Pembelajaran
d. Teknologi Pengajaran


Bibliografi


Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad Zain, (2009) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Kuala Lumpur.

Pautan Lain
  1. Definisi Teknologi Pengajaran
  2. Domain Educational Technology 
  3. Domain Teknologi Pengajaran
  4. Konsep dan domain Teknologi Pengajaran 
  5. Teknologi Pengajaran
  6. The Definition of  Educational Technology

Penggunaan Bahan 2D








Bahan-bahan Dua Dimensi


Bahan-bahan Dua DimensiKeperluan Visual Bahan 2D Bahan 3D Media Dlm P&P Papan Pengajaran Projektor Transperasi

Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:
a. Gambarb. Grafikc. Cartad. Petae. Graff. Posterg. Kad Imbasanh. Kad Gambar

Gambar atau gambarfoto
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambarfoto
Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal.
Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil
Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup.
Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto
Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.
Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi.
Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan
Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
Panduan Penggunaan Gambarfoto.
Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.
Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan.

Grafik
Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang.
Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu.
Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.

Jenis-jenis Carta
Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

• Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

• Carta Masa
menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

• Carta Jadual
menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku


• Carta Urutan
menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.

Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting;
• Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan• Tahap fahaman atau penerima murid.
Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas.

Jenis-jenis graf
• Graf Bar atau Batang• Graf Gambar atau Pictograf• Graf Bulat atau Pie• Graf Garisan

Graf Bar
Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti
Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.


Graf Gambar atau Piktograf
Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat
Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit niali setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bulat atau Pie
Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.
Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

Graf Garisan
Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data.Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu

Poster
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.

Kelebihan poster
Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-lain.
Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu.
Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.

Apakah bahan visual dua dimensi yang anda biasa gunakan semasa proses pengajaran. Nyatakan kelebihan penggunaan bahan dua dimensi itu.

Berikan alasan anda kenapa pelajar tidak berminat untuk belajar. (merujuk kepada bahan dua dimensi).






















Bahan Tambahan
Bahan 2D dan 3D
Bibliografi

Jamaluddin Harun, Zaidatun Tasir(2003.Multimedia Dalam Pendidikan,PTS Publication& Distributors,Sdn Bhd.Kuala Lumpur.

Senarai Rujukan

SENARAI BUKU RUJUKAN

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

(EDU 3105)

BIL

NAMA BUKU

PROGRAM

EDU3105

Ada

Tiada

1

Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti.

ü

1

2

Noriati. A.Rashid(et. al).(2009) Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar .

ü

X

3

Smaldino,S.E.Russell,J.D.Heinich,R&Molenda.M(2005). Instructional Technology and media for learning.(8th ed).New Jersey:Pearson educational Inc.

ü

1

4

Ab. Rahim Selamat. (1980).Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

ü

10

5

Ellington,H&Race,P.(1993).Producing teaching materials.(2nd ed).London:Kogan Page.

ü

1

6

Razali Nor (1995).Teknologi Pendidikan:2 Media Unjuran dan Media Elektronik.Petaling Jaya;Budiman Sdn.Bhd.

ü

6

7

Boblyer,M.D.(2003).Integrating Educational Technology into Teaching.(3rd ed).New Jersey:Merrill Prentice Hall.

ü

X

8

Dick,N.,Carey,L.&Carey,J.O.(2005).The systematic design of instruction(6th ed.)New York:Pearson,Allyn and Bacon.

ü

3

9

Heinich,R.,molenda,M.,Russel.,J.D.,&Smaldino,S.E.92005).Instructional Media and Technologies for learning.(8th ed).New Jersey:Prentice Hall.

ü

3

10

Newby,T.J,(1996).Instructional technology for teaching and learning.new Jersey:Prentice Hall.

ü

1

11

Joyce,B.R.(2000).Models of teaching.(6th ed).Boston:Allyn and Bacon.

ü

4

12

Priscilla,N.&Karin,M.W.(2003).Teaching with technology:Designing opportunities to learn.(2nd ed).Canada:Thomson Wadsworth.

ü

X

13

Safian bin Abd.Rashid (2002).Pengurusan Sumber:Komponen Teknologi Pendidikan.

ü

X

14

Timothy,J.Newby,Donald,a.Stepich,James,D.Lehman&James,D.R.(2006).Educational technology for teaching and learning (3rd ed).Ohio;Merill Prentice Hall.

ü

2

15

Yusuf Hashim (2002).Teknologi Pengajaran.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

ü

1

16

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Teknologi Pengajaran. DBP

ü

10

17

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Teknologi Pengajaran. DBP

ü

2

18

Ab.Rahim selamat. (1993). Teknologi Sistem Pengajaran. Fajar Bakti

ü

10

19

Ibrahim Bin Ahmad. (2004). Macromedia Director MX 2004: Asas Pengarangan Multimedia. Kuala Lumpur. Venton Publishing

ü

X

20

Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail. (2002). Fotografi: Digital Cara Mudah. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

21

Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

ü

5

22

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). Macromedia Authorware Attain 5 Siri 2 : Fungsi dan Pembolehubah. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

2

23

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001). Microsoft Power Point XP: Menguasai Perisian Persembahan Elektronik. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

24

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001). Adobe Photoshop 6 siri 1: Grafik digital Asas Penggunaan. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

25

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2002) Microsoft Excel XP; Menguasai Perisian Hamparan Elektronik. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

26

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Adobe Photoshop 7: Fotografi Digital, Web dan Multimedia Siri 1. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

27

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2005). Animasi: Dari Helaian Kertas Ke Skrin Digital. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

28

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2006). Teknologi dan Reka Bentuk Grafik Digital. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

29

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2006). Teknologi Audio Digital: Teori & Praktis. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

30

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2007). Asas Reka Bentuk Laman Web. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

ü

X

31

Jerrolf, D.E.Kemp dan Don C.Smellie. (1997). Perancangan, Penerbitan dan Penggunaan Media. Johor Bahru. Universiti teknologi Malaysia.

ü

3

32

Omar Sharif. (2001). Komputer Peribadi dan Internet: Manual Asas Pemasangan. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

\

ü

X

33

Wang Kan Chang. (2003). Photoshop; Teknik Kombinasi Gambar Digital. Kuala Lumpur. Kwei Information (M) Sdn. Bhd.

ü

X

34

Open University. (2009). Modul HBEF2303 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur. OUM.

ü

X

35

Yusup Hashim. (1993). Transparensi Dalam Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

ü

4

36

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah, Rosnah Ahmad Zain. (2009).Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

ü

X

37

Panel Pemurnian Modul. (2009).EDU3105 Modul Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

ü

X

Disediakan Oleh:

Muhammad Amin bin Simon

Jabatan Teknologi Pendidikan

Tarikh: 20 Mei 2011