Contoh Jawapan 2

Tugasan EDU3105

(Satu kumpulan dua orang)

Topik 3 :Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah: Model Assure

Nama ahli kumpulan:

1. Rose Suhaida Binti Ruslan

2. Siti Nurul Salbiah Binti Shaidan

Unit: S4-PISMP-RBT4

Tarikh: 30 JUN 2011

Jawab SEMUA soalan

1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.

Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.

3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut,

4. Dalam fasa “analisis learner”, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE.

5. Model Mutiple Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.

6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.

7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.

MUHAMMAD AMIN BIN SIMON

Pensyarah

30/06/2011

1. Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah (Heinich (1982).

  • A – Analyse learner (Analisis pelajar)
  • S – State objective (Nyatakan objektif)
  • S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
  • U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
  • R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
  • E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Huraian dua langkah daripada langkah-langkah berkenaan :

i). Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

ii). Use media (gunakan media)

Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

____________________________________________________________________________

2. Subjek : Kemahiran Hidup Tahun 4

Topik : Menyelenggara Lampu Suluh

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh:

1) Membuka sembilan komponen lampu suluh.

2) Mengenalpasti fungsi 4 daripada 4 komponen dalam lampu suluh.

3) Memasang semula komponen dengan sempurna dan berfungsi.

____________________________________________________________________________

3. Media yang sesuai digunakan bagi topik Melenggara Lampu Suluh ini ialah media bukan cetak dan media cetak:

Media Bukan Cetak

Antara contoh media bukan cetak yang boleh digunakan dalam topik ini ialah media tayangan kaku dan bergerak seperti slaid bergerak dan video, bahan pameran tiga-dimensi seperti lampu suluh sebenar dan model keratan lampu suluh.

Rasional memilih media ini ialah kerana media ini lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan. Melalui tayangan video dan slaid yang menayangkan rajah sebenar model yang dipelajari, murid dapat mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar. Media jenis ini jugak lebih menarik minat murid kerana unsur-unsur warna, pergerakan, bunyi-bunyian dapat mengatasisikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti.

Media Cetak

Media cetak yang sesuai digunakan dalam pengajaran topik ini ialah seperti lembaran kerja dan rajah komponen-komponen elektronik yang terdapat di dalam lampu suluh.

Rasional pemilihan media ini ialah bertujuan menyujudkan suasana perbincangan dan pengamatan oleh murid. Melalui rajah komponen yang diedarkan, murid dapat meneliti dan memahami dengan kaedah inkuiri penemuan yang dijalankan. Edaran ini juga boleh menjadi rujukan kepada sebarang kemusykilan yang dihadapi murid. Lembaran kerja pula memberi ruang untuk murid berinteraksi sesama murid dan berkongsi kefahaman melalui pembelajaran yang telah dijalani.

___________________________________________________________________

4. Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:

(a) Ciri-ciri umum
Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.

(b) Kompetensi khusus
Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

(c) Gaya pembelajaran
Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

____________________________________________________________________________

5. Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences)

Teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard Gardner (seorang profesor pendidikan di Harvard University) dalam tahun 1983. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:

Kinestatik

Kebolehan untuk menggunakan satu badan, atau anggota bagi satu badan, untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu, atau meletakkan ke atas satu penghasilan.

Interpersonal

Keupayaan untuk memahami, berkomunikasi dan berhubung dengan orang dan kumpulan lain.

Intrapersonal

Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat.

Logikal/

Matematikal

Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan sebab dan akibat sesuatu sistem.

Muzikal/Lirik

Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik.

Semulajadi

Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya

Verbal/Linguistik

Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis secara berkesan

Visual/Spatial

Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak

______________________________________________________________________

6. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:

    1. Menyayangi semua pelajar
    2. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti
    3. Mencintai mata pelajaan yang diajar
    4. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
    5. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
    6. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah

1. Perbincangan
Perbincangan melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Jadi, perbincangan adalah kaedah dinamik yang menggalakkan perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Melalui kaedah ini, pelajar berbincang antara satu sama lain, berkongsi maklumat serta memberi dan menerima pendapat.

2. Tunjuk Cara
Tunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Pelajar dapat melihat sendiri bagaimana langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dan pelajar boleh mengikuti contoh yang diperhatikan selepas ditunjukkan caranya.

3. Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif ialah satu persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah di mana pelajar dari kumpulan berkebolehan berlainan (heterogeneous) bekerjasama belajar kemahiran kaloboratif dan sosial apabila bekerja dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian objektif dan matlamat pengajaran yang sama. Contohnya dalam merekabentuk dan menghasilkan projek sistem pengurusan pangkalan data, setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan berkongsi pengetahuan, saling menyoal atau menjawab soalan dan sama-sama mengkaji sesuatu masalah. Seorang pelajar tidak dapat menyempurnakan tugas tersebut secara sendirian sebaliknya perlu bergantung kepada ahli-ahli lain dalam kumpulannya. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara, pembimbing atau pembekal sumber maklumat. Setiap kumpulan pada akhirnya membentangkan projek yang telah dihasilkan untuk dibincangkan.

4. Eksplorasi Penemuan
Kaedah eksplorasi penemuan menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri terhadap sesuatu masalah melalui proses celik akal serta cuba-cuba dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu proses perisian. Guru sebagai fasilitator atau pengurus pembelajaran akan menyediakan persekitaran pembelajaran agar eksplorasi penemuan dapat dilaksanakan. Prinsip utama dalam kaedah eksplorasi penemuan ini ialah pelajar menemui sesuatu secara perbuatan bukan secara mendengar atau membaca (
Siti Fatimah 1998 )

5. Projek
Kaedah projek yang berkonsepkan belajar sambil membuat (learning by doing) boleh mempercepatkan proses pembelajaran. Projek atau tugasan menjadi matlamat kepada kemahiran yang hendak diperolehi. Guru menyediakan kriteria output yang hendak dihasilkan setelah pelajar menguasai kemahiran tersebut melalui aktiviti berkumpulan. sistem yang telah dibina. Projek ini diberitahu pada awal pembelajaran topik supaya pelajar lebih bermatlamat dan boleh merancang strategi dalam menyiapkan projek berkenaan dengan jayanya.

6. Pembelajaran Aktif
Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapat maklumat yang diperlukan secara sendiri. Pelajar digalakkan untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.

7. Pembelajaran Kaloboratif
Pembelajaran ialah pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain. Kolaborasi mempunyai dua aspek asas iaitu
i. melibatkan hubungan antara para pelajar. Pelajar bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya, menggunakan gabungan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah. Perbincangan hasilan memberikan peluang kepada pelajar meneroka lebih jauh lagi pilihan terjemahan dan untuk menguji serta memurnikan kefahaman mereka.

ii. melibatkan peranan guru. Ini bukan bermakna guru mengetahui jawapan kepada masalah tersebut. Sebenarnya masalah itu mungkin baru bagi guru sebagaimana ia baru bagi pelajar. Bagaimanapun, guru mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan proses penyelesaian masalah dan membina pengetahuan. Dengan itu guru bertugas sebagai model dan penunjuk arah, menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar apabila mereka mempunyai kesulitan.

8. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran dalam konteks adalah berdasarkan bahawa pengetahuan berkembang apabila digunakan. Oleh sebab itu, arahan adalah berupa suruhan kepada pelajar supaya mengambil pengetahuan untuk bekerja dalam konteks menyelesaikan masalah sebenar dan bermakna. Bagaimanapun tidak semua masalah mempunyai kesan yang sama.

9. Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) telah diperkenalkan oleh Bloom (1956). Pembelajaran Masteri dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Pengajaran individu didapati sukar untuk dilaksanakan walaupun tiap-tiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan mereka, menggunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka serta membenarkan pelajar belajar mengikut objektif masing-masing.

_________________________________________________________________________

7. Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kemahiran Hidup Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN




Mata Pelajaran

: Kemahiran Hidup

Tarikh

: 1 MAC 2011

Kelas

: 4 Anggun

Masa

AL

:10.30pg -11.30 pg

Umur

: 10 tahun

Bil. Murid

: 30 orang

Kehadiran

: / 30

Topik

: Menyelenggara Lampu Suluh

Pengetahuan Sedia Ada:



SO


1) Murid pernah menggunakan lampu suluh di rumah.

2) Murid tahu kegunaan lampu suluh.

Objektif Pengajaran




Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh;



SO


4) Membuka sembilan komponen lampu suluh.

5) Mengenalpasti fungsi 4 daripada 4 komponen dalam lampu suluh.

6) Memasang semula komponen dengan sempurna dan berfungsi.

KBKK :

a.

SM

Meneliti hubungan antara komponen kecil dan komponen besar.

b. Menyusun

c. Bandingbeza

SM

PENERAPAN NILAI : Bersih, teliti, rajin, bekerjasama, mematuhi peraturan, bersemangat, hormat,

ABM : lampu suluh

BBM : slaid bergerak, keratan lampu suluh,

KMD : Kajian Reka Bentuk (sistem pemasangan automatik)

Langkah /Masa

Isi Pelajaran

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 min)

Guru bertanya kepada murid “Apakah yang anda gunakan semasa blackout di rumah?”

Guru menunjukkan lampu suluh.

· Guru memadamkan lampu kelas.

· Guru menyalakan lampu suluh sebenar dan menyuluh di sekitar kelas.

· Guru bertanyakan kepada murid dan menyuruh murid memberi pandangan.

· Guru mengaitkan dengan skop pelajaran.

NILAI:

Mendengar arahan



UM


RLP

BBM:

Lampu suluh

Perkembangan

Langkah 1

(10 min)

Keratan lampu suluh.

· Mengenal pasti komponen yang terdapat pada lampu suluh.

  1. Penutup/Suis
  2. Perumah Bateri
  3. Badan
  4. Bateri

· Guru mempamerkan keratan lampu suluh.

· Murid meneliti keratan lampu suluh tersebut.

· Guru menyuruh murid menamakan komponen-komponen lampu suluh.

· Guru membetulkan jika terdapat kesilapan.

· Guru membuka keratan lampu suluh dan memberi peluang murid melihat komponen lampu suluh.

KAEDAH:

· Perbincangan

· Soaljawab

NILAI:

· Peka

· Prihatin

·

UM

Bertanggungja

wab



SM


ABM/BBM

· Keratan lampu suluh.

· Lampu suluh sebenar.

Langkah 2

Membuka dan memasang komponen lampu suluh.

Cara-cara :

· Tanggalkan penutup.

· Keluarkan spring dan bateri.

· Memasang semula dengan mengikut urutan.

Sebelum memulakan aktiviti.

· Guru menerangkan keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa melakukan aktiviti.

· Murid dibahagi kepada 6 kumpulan.

· Murid duduk mengikut kumpulan masing-masing.

· Guru menunjukkan lampu suluh sebenar kepada setiap murid.

Semasa melakukan aktiviti.

· Murid diminta membuka lampu suluh dengan cara yang betul.

· Setiap ahli kumpulan diwajibkan menyertai aktiviti ini.

· Ahli kumpulan digalakkan bekerjasama dalam melakukan aktiviti.

· Guru memantau gerakerja murid dengan bergerak dari kumpulan ke kumpulan sert memberi bantuan jika terdapat sebarang kekeliruan.

· Murid diminta memasang semula lampu suluh mengikut urutan.

Keselamatan/Perhatian :

· Berhati-hati semasa memasang dan komponen tersebut daripada pecah.

KAEDAH:

· Perbincangan,

· Demonstrasi

NILAI:

· Peka,

· Mesra

· Prihatin

· Kebersihan

· Bekerjasama

· Berhati-hati

UM

SM

Langkah 3

(20 min)

Meneliti perhubungan bahagian kecil dan bahagian besar yang terdapat pada lampu suluh.

Bahagian-bahagian objek:

· Mentol

· Bateri

· Perumah bateri

· Suis/spring

· Murid masih berada dalam kumpulan tadi.

· Murid berbincang apakah perhubungan antara bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan komponen.

· Guru bergerak dari kumpulan ke kumpulan untuk membimbing.

KAEDAH

· Perbincangan

· Tunjukajar

NILAI::

· Peka

·

RLP

Prihatin

·

ER

Keindahan

ABM

· Keratan rentas lmpu suluh.

· Lampu suluh sebenar.

Penilaian

(10 min)

Soalan:

1. Apakah perhubungan antara bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan lmpu suluh?

2. Apakah yang terjadi jika salah satu komponen tidak berfungsi dengan baik/rosak?

3. Terangkan secara terperinci cara memasang lampu suluh dengan betul.

4. Lembaran kerja yang mempunyai soalan berkaitan dengan lampu suluh.

· Guru bertanya secara lisan kepada murid.

· Murid diharap menjawab dengan betul dan berani

· Guru memberikan lembaran kerja dan meminta murid menyelesaikan lembaran kerja di dalam kumpulan.

KAEDAH:

Soal jawab

Menulis

ABM:

Lembaran kerja

NILAI:

RLP

ER

Peka, komited,

Berani

Penutup

(5 min)

Rumusan:

· Merumuskan isi pelajaran

· Guru menggunakan peta konsep merumuskan isi pelajaran bersama murid.

· Murid diminta sama-sama merumus isi pelaran yang dipelajari

· Guru mengedarkan helaian lembaran kerja sebagai tugasan dirumah. Sebagai aktiviti pengukuhan

· Menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh murid untuk persediaan pelajaran akan datang

· Murid diminta prihatin dan bertanggungjawab dengan tugasan.

KAEDAH:

Perbincangan

NILAI:

Mesra

komited



ER


ABM:

Lambaran kerja

REFLEKSI:

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Integrasi Model ASSURE dalam RPH:

Petunjuk:

AL- analyse learners (analisis pelajar)

SO- state objective (nyatakan objektif)

SM- select method (pilih kaedah)

UM- utilize media (gunakan bahan dan sumber)

RLP- requied learner participation (melibatkan pelajar dalam pembelajaran)

ER- evaluate and revise (nilai dan semak semula)

Kesimpulan

Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan kursus pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan kepda guru dalam pengajran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri-ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan kursus pengajaran dan pembelajaran, saya yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru pada haru tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.