Video







Penggambaran Melalui Video

Video adalah merupakan salah satu daripada media bergerak.Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia
boleh mempergunakannya dalam bilik darjah. Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.

Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen? Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat bunga berkembang dalam keadaan sebenar. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid, sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh.

Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan kepada minat murid terhadap pelajaran. Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk menghasilkan sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.


Jenis-Jenis Kamera Video

Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera video digital.

Kamera video analog


Video analog


Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.


Kamera video digital



Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

Sebelum anda menggunakan sebuah kamera video, anda haruslah dapat mengenali bahagian-bahagian asas sebuah kemera video. Sila lihat gambarajah di bawah dan cuba kenal pasti fungsi bahagian-bahagian tersebut.

Bahagian-Bahagian Kamera Video



Setelah anda mengenali bahagian-bahagian kamera video, anda mungkin ingin untuk terus merakam gambar. Tetapi nanti dulu. Anda perlu mengetahui sedikit tentang jenis-jenis shot. Ini penting kerana pengetahuan ini dapat membantu anda menghasilkan bahan video yang lebih baik. Sekarang anda boleh berhenti seketika. Bayangkan semula filem-filem yang pernah anda tonton. Cuba tonton beberapa rancangan televisyen sekiranya anda tidak dapat mengingatinya. Semasa menonton, lihat pertukaran-pertukaran imej dan pergerakanpergerakan kamera. Semasa anda menonton anda akan dapati ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan
kamera. Sekarang teruskan membaca modul ini dan bandingkan imej-imej yang anda tonton dengan gambar-gambar di bawah.



Anda juga perlu mengetahui shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.
Sekarang cuba anda perhatikan shot-shot di bawah.




Setelah mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis shot, anda juga perlu mengetahui tentang jenis-jenis pergerakan kamera. Sekarang cuba anda perhatikan gambar-gambar di bawah

Pergerakan  Panning


Pergerakan Tilting



Pergerakan Truck


Sekarang cuba tonton beberapa rancangan televisyen seperti Berita, dokumentari, forum dan drama. Bandingkan gambar-gambar tadi dengan jenis-jenis shot dan pergerakan kamera yang terdapat dalam rancangan-rancangan yang anda tonton

Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

Merancang sesebuah bahan video untuk tujuan pengajaran adalah seperti kita membina rumah. Apabila kita hendak membina rumah kita terpaksa melalui beberapa proses. Begitulah juga dengan penerbitan bahan video. Berikut adalah proses tersebut.

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif

Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda  menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.

2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.


3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai
Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benarbenar perlu.


4. Menulis Skrip
Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.


5. Bersedia Membuat Penggambaran
Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing-masing

6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik
Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran


7. Sediakan Bahan dan Peralatan
Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.


8. Mulakan Penggambaran
Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan
yang akan berlaku dan bersedia dengannya.


9. Menyunting
Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
\

10. Membuat Rakaman Audio
Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, Kesan bunyi dan muzik latar.


11. Prebiu
Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.


12. Gunakan Dalam Pengajaran
Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.


13. Penilaian
Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.


Menyediakan Skrip Video atau Papan Cerita

Anda telah pun melalui pengalaman menghasilkan skrip audio. Sebenarnya konsep penyediaan skrip audio dan video adalah sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi formatnya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video di bawah. Bolehkan anda membuat perbezaannya?

 











Mengedit Video

Mengapa kita perlu mengedit video? Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat dalam susunan yang sepatutnya. Ada juga imej-imej yang dirakam terlalu panjang atau kurang berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu tidak berjalan dengan licin dan sempurna Dengan mengedit, bahan-bahan rakaman boleh disusun semula dan akan menghasilkan program yang lebih licin dan sempurna. Kerja mengedit memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk kerja-kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

Perakam  video




Sudahkah anda membuat sambungan? Tahniah. Sekarang cuba mainkan sebuah rancangan video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang Pause pada unit perakam dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada unit pemain. Kemudian tekan semula Record pada unit perakam.

Latihan

Sunting sebuah rancangan dari mana-mana sumber seperti berita, dokumentari atau drama untuk satu tajuk pengajaran yang sesuai dengan mata pelajaran opsyen anda. Bincangkan pengalaman anda ketika membuat kerja-kerja suntingan dalam sesi tutorial dengan pensyarah dan rakan-rakan.



PANDUAN PROSEDUR PENGHASILAN KLIP VIDEO
( Aplikasi Perisian Movie Maker)

A. PROSEDUR PENGHASILAN

Keseluruhan perancangan penghasilan didasarkan kepada Model Reka Bentuk Pengajaran yang meliputi aspek berikut:-

a. Pemilihan/perangkaan/penentuan kandungan
i. Penentuan ini dibuat mengikut tatacara Model ASSURE (sila lihat
Lampiran A – Analisis Kandungan).

b. Perangkaan papan cerita (story board)
i. Merangka papan cerita (skrip (narration), video, audio, muzik latar, kesan bunyi, dan lain-lain yang bersesuaian) terhadap topik yang dipilih (sila lihat Lampiran B – Perangkaan Papan Cerita)

c. Sumber koleksi bahan & penggambaran

i. Bahan foto (tidak bergerak) – gambar, illustrasi, bahan cetak dan yang bersesuaian dengannya bersumberkan bahan digital (muat turun dari internet, kamera digital) atau bukan digital.
ii. Bahan video (termasuk animasi) – keratan dari video-CD menggunakan perisian VCD Cutter, DVD chopper, CD-ROM, video yang dimuat turun dari internet melalui YouTube atau lainlain
kaedah, dari telefon bimbit, kamera digital atau kamera video digital.

iii. Bahan audio (muzik, suara, kesan khas (sound effect) – MP3, CDAudio, audio yang dimuat turun dari internet, rakaman secara digital atau analog.

d. Penggambaran
i. Menyediakan senarai semak bahan untuk penggambaran (gambar foto dan video) yang bersesuaian dengan subjek dan tajuk yang dipilih di lokasi yang ditetapkan (sila lihat Lampiran C – Senarai Semak Penggambaran)

e. Penyuntingan
i. Menyunting video berdasarkan perisian movie maker yang mengandungi adunan video (daripada pelbagai sumber), gambar foto dan audio (suara, muzik dan kesan bunyi).

ii. Hasilan dalam bentuk klip video berformat window media video (wmv) atau yang bersesuaian dengannya yang tidak melebihi 3 minit (sila lihat Lampiran E – Panduan Penyuntingan & Penghasilan Klip Video)

f. Uji lari
 i. Membuat penambahbaikan dari pelbagai aspek yang terdapat pada papan cerita sekiranya perlu.

g. Aplikasi dan integrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
i. Merangka aktiviti guru dan murid dalam rancangan pengajaran yang menggunakan bahan yang dihasilkan (sila lihat Lampiran D – Rancangan Aktiviti Pengajaran)


Lampiran

  1. Penghasilan klip video
  2. Contoh papan cerita
  3. Penghasilan klip video
  4. Movie Maker
  5. Prinsip penyediaan papan cerita

Bahan Tambahan

Penggambaran melalui video
Penggunaan video

No comments: