Bahan Audio

TAJUK 6 Penggunaan Bahan Audio (2 jam + 4 jam)

Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan audio untuk perancangan, penghasilan dan penggunaan audio sebagai media dalam pengajaran dan



HASIL PEMBELAJARAN
(1) Menjelaskan bagaimana audio boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(2) Mengetahui kelebihan penggunaan audio dalam bidang pendidikan.
(3) Mengfhuraikan bagaimana audio boleh dimanfaatkan dalam sistem pembelajaran elektrionik.
(4) Menjelaskan kepentingan penggunaan audio dalam sesebuah aplikasi multimedia pendidikan.
(5) Merancang dan melaksanakan rakaman audio.
(6) Menggunakan media audio dalam P&P.

Sub-tajuk:
  1. Penggunaan peralatan audio
  2. Perancangan dan penyediaan rakaman
  3. Rakaman
  4. Suntingan
  5. Audio digital
Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkatr awalnya ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutama bagi mengajar seseorang cara sebuutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jug bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden< audio semakin penting sebagai satu elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran>


Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan


Terdapat pelbagai cara bagaimana audio boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah:
  1. Menyediakan peluang pelajar berehat sementara dari membaca.
  2. Mempersembahkan idea atau maklumat kepada pengguna yang tidak suka atau tidak tahui membaca.
  3. Memanfaatkan masa pengguna dengan sebaiknya kerana membolehkan mereka melaksanakan pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak.
  4. Memudahkan proses menyampaikan maklumat apabila penggunaan bahan bercetak mungkin sukar menyampaikan apa yang dikehendaki .
  5. Memberi lebih kesan semulajadi atau sentuhan kemanusiaan dalam proses pembelajaran.
  6. Untuk mendapat dan megekalkan perhatian pelajar.
  7. Menyediakan elemen motivasi kepada pelajarn.

Kelebihan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran menerusi penggunaan bahan audio. Di antaranya aialh
  1. Sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang mahir membaca.
  2. Bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses penyuntingan.
  3. Peralatan yang diperlukan adalah kecil dan mudah alih.
  4. Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.
  5. Mudah dipadam dan digunakan semula.
  6. Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat disampaikan mengikut kadar masa tertentu.
  7. Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Kelemahan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Di samping pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi audio, ianya juga mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya
  1. Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat pada pita audio.
  2. Gangguan daripada bunyi luar yang akan menganggu minat pelajar semasa proses pengajkaran.
  3. Sekiranya pita aidio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa. kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah.
  4. Kurangnya unsur interaktiviti di antara pengguna dan mesin.




RENUNGAN
  1. Terangkan perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk memainkan bahan rakaman audio.
  2. Bagaimanakah rakaman audio dapat dihasilkan dan huraikan format fail yang kerapkali digunakan.

Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang pada rakaman tersebut. Rakaman audio boleh disimpan dalam pelbagai format seperti kaset, cakera padat atau dalam bentuk klip audio digital (digital audio clip). Ia dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (cassette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD player) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player). Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.


Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah. Manakala perisian komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6, mampu mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
Perisian Audio recorder daripada komponen sistem windows Rakaman dan penyuntingan audio boleh dilakukan melalui perisian Audacity
  1. Apakah langkah-langkah perancangan yang perlu dilakukan dalam proses penyediaan media audio untuk tujuan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran?
  2. Pada pandangan anda apakah kebaikan media audio dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Perancangan dan penyediaan rakaman.
  1. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran
  2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar yang sesuai.
  3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang akan dimainkan nanti
  4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan format penghasilan audio
  5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah
  6. Membuat rakaman dan penyuntingan
  7. Ujilari hasil rakaman
  8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal
  9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio, kaset atau fail klip audio
  10. Penggunaan bahan audio
  11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna


FIKIR-FIKIR
  1. Bina satu skrip yang sesuai untuk dibuat rakaman. Kemudian buat rakaman serta penyuntingan dengan menggunakan perkakasan dan peralatan atau komputer yang sesuai.
  2. Bincangkan bagaimana cara atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghasilkan satu rakaman audio untuk dipersembahkan dalam satu atau pengajaran.

Ingat:

Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda.

No comments: