Aneka Pilihan-Fotografi






Soalan Aneka Pilihan


1. "Nombor kecil menunjukkan bukaannya besar, sementara nombor besar (f22) menunjukkan saiz bukaannya kecil"

Pernyataan di atas merujuk kepada

(A) Shutter
(B) Apertur
(C) Lensa
(D) Viewfinder

2. Pilih pernyataan yang betul

(A) Shutter-sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya.
(B) Apertur- gegelang yang boleh membesar dan mengecil berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang menuju ke filem.
(C) Flash - berfungsi secara menyimbah cahaya mengikut keperluan jaraj objek.
(D) Lensa- mengandungi beberapa gabungan pelbagai jenis filem untuk dedahan cahaya.

3. Berikut adalah jenis-jenis kamera yang terdapat di pasaran

I. Kamera kompak
II.Kamera satu lensa refleks (SLR)
III. Kamera digital
IV. Kamera piring
(A) I dan II sahaja
(B) II dan III sahaja
(C) I, II dan III sahaja
(D) Semua di atas

4. Pilih komponen dan fungsi yang betul bagi sesebuah kamera untuk menghasilkan kerja yang sempurna.

(A) Shutter- Alat penutup dan pembuka lensa
(B) Lensa- Menerima cahaya dan memancar imej
(C) Pelepas shutter- Dibuka bagi cahaya masuk dan buat imej atas filem
(D) Beg kamera- Menjaga keselamatan kamera

5. Seseorang jurufoto telah merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membetulkan saiz objek dalam gambar. Antaraperalatan yang digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesaran tripod, meter cahaya dan penyerap cahaya.

Apakah format gambar yang akan dihasilkan?

(A) Macro
(B) Close Up
(C) Long Shot
(D) Medium Shot

6. " Kamera ini dicipta pada tahun 1900 dengan beratnya 1,400 paun dan menggunakan filem berukuran 4 1/2 x 8 kaki.

Apakah nama kamera seperti yang diterangkan di atas?

(A) Nikon
(B) Kodak
(C) Abscura
(D) Mammoth

7. Flash amat penting ketika mengambil gambar. Banyak teknik boleh dipraktikan ketika menggunakan flash. Berikut adalah teknik-teknik yang dimaksudkan kecuali

(A) Halaan terus ke objek (direct flash)
(B) Halaan pantulan (bounce flash)
(C) Simbahan manual
(D) Halaan filter

8. Pengguna boleh membuat penyuntingan foto dengan menggunakan pelbagai perisian. Perisian manakah yang boleh digunakan untuk membuat penyuntingan foto?

I. Print Shop Pro
II.Picture it Adobe Photoshop Elements
III. Micrograf Picture Publisherl
IV. Adobe Photoshop CS
(A) I dan II sahaja
(B) II dan IV sahaja
(C) I, II dan III sahaja
(D) Semua di atas

9. Apakah peranan fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran?

I. Dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru.
II. Pelajar dapat berfikir secara interaktif terhadap pelajaran.
III. Dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.
IV. Merancang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih terhadap sesuatu gambar yang dilihatnya.
(A) I dan II sahaja
(B) II dan III sahaja
(C) I, II dan III sahaja
(D) I, II dan IV

No comments: