Topik 2-Media Pengajaran

Aktiviti 1
Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.
Aktiviti 2
Baca maklumat " Instructional Media: Selection and Use " dan " Instructional Media: Chalkboards to Video ". Dalam kumpulan bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran, ciri-ciri dan jenis-jenisnya. Kemudian bersama rakan dan pensyarah bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P.
Aktiviti 3 Secara berpasangan, dengan menggunakan persembahan elektronik bina carta (pengurusan grafik) untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran. [Dapatkan maklumat dari pelbagai sumber sama ada pusat sumber atau dari internet]
[Simpan segala maklumat yang diperolehi dalam portfolio anda]
Aktiviti 4
Perancangan merupakan aspek yang penting! Sila baca " Instructional Planning with the ASSURE Model " : Baca ikut menu yang disediakan. Dalam menu "Task" (tugasan), cuba sesuaikan dengan keadaan kita -- laksanakan tugasan tersebut secara berpasangan. Lihat menu "Process" dan anda boleh menggunakan "template" yang disediakan untuk membina "instructional plan" anda.
Aktiviti 5
Setelah siap tukar hasil kerja anda kepada pasangan lain dan anda membuat penilaian hasil kerja pasangan yang lain berpandukan matrik penilaian dari menu "Evaluation".
Aktiviti 6
Setelah itu ambil semula hasil kerja pasangan anda yang telah dinilai oleh pasangan lain, kemudian buat kesimpulan, apakah perkara yang penting semasa anda membina "instructional planning" untuk sesuatu aktiviti pembelajaran.
[Simpan semua hasil kerja anda dalam portfolio]

No comments: