Topik 4 - Penggunaan Bahan 2D dan 3D

Aktiviti 1
Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.
Aktiviti 2
Sila dapatkan maklumat dari pelabagai sumber lain berkaitan bahan-bahan 2 Dimensi dan bahan-bahan 3 Dimensi.
Aktiviti 3 Secara berpasangan bincangkan, bagaimanakah bahan 2D dan 3D sangat berkesan sebagai bahan bantu mengajar. Nyatakan contoh-contoh yang bersesuaian bagi sesuatu tajuk.
Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan persembahan elektronik.
Amali
[Sesi amali ini akan anda laku dalam 2 sesi pertemuan iaitu lebih kurang 4 jam - seelok-eloknya anda boleh lakukan diluar waktu kelas]
Aktiviti 4
Dalam kumpulan, pilih satu topik sesuatu matapelajaran. Buat perbincangan dan perancangan apakah bahan-bahan 2D atau 3D yang bersesuai dapat dibina. Buat semakan semula (review) sama ada bahan-bahan yang ingin dibina itu sememangnya bersesuaian dengan topik matapelajaran itu.
Aktiviti 5
Cari bahan untuk melakukan pembinaan bahan-bahan 2D dan 3D yang telah ditentukan.

No comments: